awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Johor kembali dilanda banjir, enam PPS dibuka di Segamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar sebagai tebusan

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2021
02:07 MYT
Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar sebagai tebusan
Rakaman video yang disiarkan dalam sidang media polis pada Khamis menunjukkan Collazo menaiki bas berkenaan sebelum menjerit kepada pemandu. - Foto Newsflare via AP
SOUTH CAROLINA: Seorang pelatih tentera ditahan dan didakwa atas puluhan tuduhan jenayah selepas merampas sebuah bas sekolah di South Carolina, Amerika Syarikat bersenjatakan sebuah senapang.
Lelaki berkenaan lengkap berpakaian celoreng turut menjadikan pemandu bas berkenaan bersama puluhan pelajar sekolah rendah sebagai tebusan sebelum membebaskan mereka.
Insiden berlaku pada jam 7 pagi waktu tempat berdekatan dengan Fort Jackson, pusat latihan tentera terbesar di Amerika Syarikat.
Pelatih tentera tersebut dikenalpasti sebagai Jovan Collazo.
Menurut Ketua Polis Daerah Richland, Leon Lott, pelatih berkenaan melarikan diri daripada pusat berkenaan bersama sebuah senapang.
"Dia memberitahu pemandu bas berkenaan dia tidak mahu cederakan sesiapa, cuma mahu diturunkan di bandar berdekatan," kata Lott.
Rakaman video yang disiarkan dalam sidang media polis pada Khamis menunjukkan Collazo menaiki bas berkenaan sebelum menjerit kepada pemandu untuk menutup pintu dan pandu dengan laju.
Seramai 18 pelajar berada di dalam bas terbabit semasa kejadian, tambah Lott.
Selepas beberapa minit, Collazo arahan pemandu untuk hentikan bas berkenaan sebelum mengarahkan semua untuk turun.
Bas sekolah terbabit ditemui beberapa kilometer daripada tempat kejadian bersama senapang yang dicuri pusat latihan tentera.
Polis berkata kes masih dalam siasatan dan kini pihaknya bersama tentera sedang mengesan pelatih terbabit.
Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar tebusan
Topic Berkaitan
#pelatih tentera
#rampas bas sekolah
#tebusan
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan