awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
Trump cadang belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi 2027, cetus kebimbangan perang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluru berpandu bedil pangsapuri di Ukraine, 5 terbunuh

Bernama
Bernama
14/10/2022
04:16 MYT
Peluru berpandu bedil pangsapuri di Ukraine, 5 terbunuh
Serangan pada Khamis itu memusnahkan blok pangsapuri lima tingkat yang terletak di bandar Mykolaiv. - REUTERS
KYIV (Ukraine): Lima orang terbunuh pada Khamis apabila peluru berpandu membedil sebuah pangsapuri di selatan Ukraine, manakala sebuah pangkalan tentera turut diserang, lapor Agensi Anadolu.
Perkhidmatan Kecemasan Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa serangan itu memusnahkan blok pangsapuri lima tingkat yang terletak di bandar Mykolaiv.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya diselamatkan dari runtuhan, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sementara itu, Pentadbiran Tentera Wilayah Lviv mendakwa tentera Rusia melancarkan tiga peluru berpandu, satu daripadanya ditembak jatuh oleh unit pertahanan udara.
Sebuah kompleks tentera di sekitar Lviv dilaporkan rosak akibat serangan itu.
Dua serangan dilaporkan berlaku di bandar Kharkiv, timur Ukraine pada waktu malam dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.
Dalam perkembangan lain, Tentera Udara Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah menembak jatuh jet pejuang Su-24M Rusia semasa menjalankan operasi di kawasan itu untuk menyokong tenteranya.
Seorang daripada dua juruterbang di dalam pesawat itu dilaporkan meninggal dunia apabila pesawat itu terhempas di kawasan Poltava.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#peluru berpandu
#Rusia
#pangsapuri diserang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan