awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di pusat kesihatan Sepanyol

Bernama
Bernama
05/07/2023
04:00 MYT
Pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib di pusat kesihatan Sepanyol
Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di beberapa kawasan penjagaan kesihatan seperti kawasan onkologi, dewan bedah atau bilik kecemasan. - Foto AP
MADRID: Majlis Menteri-menteri Sepanyol hari ini melaksanakan titah diraja untuk menamatkan penggunaan pelitup muka di pusat kesihatan, hospital, pusat sosio-kesihatan dan farmasi, lapor Xinhua.
Pemakaian pelitup muka diwajibkan di negara ini kerana pandemik COVID-19 pada 2020.
Menteri Kesihatan Jose Minones mengesahkan bahawa peraturan itu akan dikuat kuasa apabila ia diterbitkan dalam Warta Negara Rasmi (BOE) pada Rabu.
"Hari ini kita tutup episod wabak yang telah mendatangkan malapetaka di seluruh dunia. Kita menjadi lebih kuat apabila membabitkan krisis kesihatan dan lebih tiga tahun kemudian kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada wabak yang telah menjejaskan kehidupan kami," kata Minones.
Bagaimanapun, Majlis Menteri-menteri menyeru untuk mengamalkan "budaya bertanggungjawab", dan mempertimbangkan untuk memakai pelitup muka di unit rawatan rapi, mereka yang mempunyai pesakit yang terdedah, dan di hospital, termasuk bilik menunggu.
Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di beberapa kawasan penjagaan kesihatan seperti kawasan onkologi, dewan bedah atau bilik kecemasan, menurut kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelitup muka
#pusat kesihatan
#Jose Minones
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan