awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler cedera parah ditembak sekumpulan lelaki

Bernama
Bernama
26/12/2019
22:45 MYT
Pemandu treler cedera parah ditembak sekumpulan lelaki
Mangsa memberitahu kumpulan lelaki itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arahnya. - Gambar hiasan
Seorang pemandu treler yang dalam perjalanan menghantar motosikal ke Narathiwat cedera parah selepas ditembak sekumpulan lelaki di Daerah Saiburi, Pattani, selatan Thailand pada Khamis.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 7.40 pagi (waktu tempatan), pemandu treler yang berusia 48 tahun bersama empat lagi pemandu treler dalam perjalanan menghantar motosikal dari Hatyai ke Narathiwat.
"Apabila tiba di Jalan Pattani-Narathiwat, sekumpulan lelaki yang terdiri daripada empat hingga lima orang berpakaian hitam dengan senjata api telah melepaskan tembakan ke arah mangsa.
"Mangsa memberitahu kumpulan lelaki itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arahnya," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Jurucakap itu berkata mangsa yang terkena tembakan di bahagian lengan kanannya meneruskan perjalanan sehingga ke pos kawalan keselamatan yang terletak kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian.
Mangsa digegaskan ke Hospital Bacho untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Narathiwat.
Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motosikal
#Narathiwat
#Pattani
#pemandu treler
#polis
#senjata api
#tembak
#Thailand
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan