Empat gambar telah dikongsi ribuan kali di beberapa posting Facebook dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan Quran sedang dibakar di Xinjiang, di kawasan barat daya China. Gambar-gambar itu telah dikongsi dalam konteks yang mengelirukan. Walaupun penganiayaan Muslim Uighur di Xinjiang didokumenkan secara meluas, hanya dua dari gambar-gambar tersebut diambil di Xinjiang semasa penghapusan barang-barang keagamaan yang “haram” yang disita pada 2014. Dua gambar yang lain sebenarnya menunjukkan Quran yang sudah rosak dibuang oleh kedutaan Saudi di Maghribi pada 2016.

Keempat-empat gambar itu telah dimuat naikkan ke Facebook di sini pada 12 Januari 2020 dan dikongsi melebihi 5,500 kali.

Gambar pertama menunjukkan beberapa orang lelaki berdiri di sekeliling selonggok barang-barang; gambar kedua pula menunjukkan sekumpulan orang berdiri mengelilingi selonggok barang yang terbakar; gambar yang ketiga dan keempat menunjukkan salinan-salinan Quran berlonggok di tanah.

Berikutnya tangkapan skrin posting yang mengelirukan itu:


Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan
Sebahagian kapsyen posting menyatakan: “China membakar Al-Quran, karpet, sejadah dan segala-galanya tentang Islam.

“Penetapan dan Musnahkan Beberapa Buah Masjid . Siapakah Yang Sebenarnya Terorist !!!
Hancur China !!!!”

Kumpulan dan pakar hak asasi manusia berkata lebih daripada satu juta Uighur dan kebanyakan minoriti Muslim lain telah dikepungkan di dalam kem tahanan menerusi kawasan China paling barat, seperti yang dilaporkan oleh AFP di dalam artikel ini yang bertarikh 17 November 2019.

Radio Free Asia, media yang berdasar di Washington, melaporkan di sini pada September 2017 bahawa pihak berkuasa China di bahagian barat laut di Xinjiang telah mengarah keluarga Muslim untuk melepaskan barang keagamaan, termasuklah Quran dan sejadah kepada pihak berkuasa.

Gambar-gambar tersebut telah beredar di Facebook dengan dakwaan serupa.

Gambar-gambar sama juga telah diterbitkan di Facebook dengan dakwaan yang serupa dalam bahasa Indonesia.

Foto yang sama juga telah dikongsi dengan dakwaan yang serupa di dalam bahasa Arab.

Gambar-gambar tersebut telah dikongsi dalam konteks yang mengelirukan. Dua daripada empat imej itu telah diambil di Xinjiang -- semasa penghapusan barang-barang keagamaan yang “haram” pada 2014. Dua gambar lagi sebenarnya menunjukkan Quran rosak yang dibuang oleh kedutaan Saudi di Maghribi pada 2016.

--Gambar pertama dan kedua--

Logo untuk People’s Daily, suratkhabar milik kerajaan China, boleh kelihatan pada bahagian atas kanan gambar pertama di dalam posting yang mengelirukan.

Logo ini juga muncul di bahagian bawah kiri gambar yang kedua di dalam posting yang mengelirukan.
Carian imej terbalik Google dan kemudiannya carian kata kunci mendapati imej yang digunakan di dalam artikel People’s Daily ini yang diterbitkan pada 11 Januari 2014.

Diterjemahkan daripada bahasa Cina, kapsyennya menyatakan: “Hapuskan ‘tiga haram’ produk audiovisual”.

“Tiga haram” merujuk kepada aktiviti keagamaan yang haram, terbitan keagamaan yang haram, dan pengedaran dalam talian keagamaan yang haram, menurut repot 2013 yang diterbitkan oleh laman sesawang Mahkamah Tinggi Xinjiang di sini.

Berikutnya tangkapan skrin repot People’s Daily:

Tangkapan skrin repot People’s Daily

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar pertama di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan imej People’s Daily (kanan):

Tangkapan skrin perbandingan gambar pertama di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan imej People’s Daily (kanan)

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar kedua di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan imej People’s Daily (kanan):

angkapan skrin perbandingan gambar kedua di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan imej People’s Daily (kanan)

Tiga perenggan pertama repot dalam bahasa Cina itu diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Pada 10 Januari, daerah Yopurga di Xinjiang mengadakan penghapusan berpusat ke atas karya yang melanggar hak cipta, cetak rompak, dan haram (yang telah dirampas) pada 2013.

“Ia didapati bahawa 6,311 cakera padat produk audiovisual yang haram, 872 salinan buku agama, manuskrip, dan carta dinding yang haram telah dibakar, termasuklah lapan komputer, mesin pembaca, 13 kad multimedia, lebih daripada 300 gambar kartun, 43 pakaian dan lima cincin, yang kesemuanya produk ‘tiga haram’. Pihak berkuasa menjelaskan perbezaan dan bahayanya ‘tiga haram’ kepada orang ramai yang berbilang umat etnik di situ.

“Pada kebelakangan tahun ini, daerah ini telah meningkatkan usaha menangani cetak rompak, terbitan haram, dan aktiviti penerbitan haram, penjagaan hak cipta intelek, pembersihan persekitaran sosial dan mewujudkan persekitaran sosial yang baik dan berharmoni.”

--Gambar ketiga--

Gambar yang ketiga telah diterbitkan di dalam laporan oleh IFP News, media Iran yang berbahasa Inggeris, pada 4 Oktober 2016. Repot itu, diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, bertajuk: “Quran yang Dijadikan Sampah oleh Kedutaan Saudi di Maghribi Menaikkan Kemarahan.”

Dua perenggan pertama laporan itu, diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, menyatakan: “Beberapa gambar yang pelik telah disebarkan di media sosial Maghribi minggu ini. Longgokan buku, yang didapati dalam pelbagai warna, dibiarkan di tengah-tengah tanah terbiar, lapor Al Bawaba, seperti dipetik Press TV.

“Dengan terkejutnya, didapati buku-buku Quran, kitab suci agama Islam. Mereka dibuang di sebelah tapak pembuangan sampah lalu mencetuskan kemarahan di seluruh Maghribi, menurut laporan oleh HuffPost Arabi.”

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan antara gambar ketiga di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di dalam repot IFP News (kanan):

Tangkapan skrin perbandingan antara gambar ketiga di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di dalam repot IFP News (kanan)

--Gambar keempat--

Gambar keempat di dalam posting yang mengelirukan muncul di dalam repot ini yang berbahasa Arab dari laman web Assawsana di Jordan yang diterbitkan pada 4 Oktober 2016.

Laporan ini, diterjemahkan daripada bahasa Arab kepada bahasa Malaysia, sebagai: “Quran yang dimiliki kedutaan Saudi di Rabat di sebelah tapak pembuangan sampah.”

Dua perenggan pertama laporan itu, diterjemahkan daripada bahasa Arab kepada bahasa Malaysia, menyatakan: “Pihak berkuasa Saudi menjelaskan kebenaran di sebalik imej yang menunjukkan longgokan Quran dan buku-buku agama yang dibiarkan di sebelah tapak pembuangan sampah, beberapa hari selepas penyebarannya di media sosial.

“Menurut ‘Ajel’, laman sesawang Saudi, yang memetik sumber rasmi, buku-buku tersebut telah disimpan di ‘bilik bawah tanah’ kedutaan di mana ianya telah terdedah kepada hujan. Pihak berkuasa kedutaan telah memerintah pekerja untuk memindahkan buku-buku ke luar untuk dibakar di tempat yang selamat, tetapi arahannya diabaikan dan pekerja telah membuang buku-buku tersebut di sebelah tapak pembuangan sampah tanpa membakarnya.”

Rabat merupakan ibu negara Maghribi.

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan antara gambar keempat di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar yang diterbitkan di dalam repot Assawsana (kanan):

Tangkapan skrin perbandingan antara gambar ketiga di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di dalam repot IFP News (kanan)