awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2025
22:15 MYT
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Selain pembangunan IKN, kerajaan Indonesia juga fokus pada penyelenggaraan projek-projek lain untuk membangunkan ekonomi melalui sektor pendidikan, kesihatan dan beberapa usaha membasmi kemiskinan. - Gambar fail/Sinar Harian
KERAJAAN Indonesia akan menilai semula pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN) dan mengkaji beberapa langkah strategik bagi memastikan projek ini berjaya sepenuhnya.
Menteri Penyelaras Bidang Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah, Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Menurut media tempatan, Agus berkata, beliau telah mendapat arahan daripada Presiden Prabowo Subianto untuk menyemak semula reka bentuk dan pelaksanaan projek IKN.
Katanya, kerajaan mahu memastikan setiap projek yang dibina mengikut keperluan dan manfaat yang jelas untuk rakyat.
“Justeru, kami harus memberi keutamaan terutama penyesuaian agar pembangunan IKN ini menjadi projek nasional yang penting untuk tempoh lima tahun mendatang khususnya dalam tempoh awal pentadbiran Presiden Prabowo.
“Terkait dengan IKN, Presiden Prabowo juga telah memaklumkan bajet sebanyak 48.8 trilion rupiah diperuntuk untuk pembangunan IKN pada tempoh 2025-2029 dan ia akan digunakan secara berperingkat mengikut rancangan ditetapkan,” katanya pada sidang media di Jakarta, pada Rabu.
Selain pembangunan IKN, kerajaan juga fokus pada penyelenggaraan projek-projek lain untuk membangunkan ekonomi Indonesia melalui sektor pendidikan, kesihatan dan beberapa usaha membasmi kemiskinan rakyat.
Topic Berkaitan
#IKN
#Indonesia
#Prabowo Subianto
#Ibu Kota Nusantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan