awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Turki anggap Israel tolak keamanan, Iran ikrar tak sia-siakan 'darah'

Agensi
Agensi
31/07/2024
06:08 MYT
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Turki anggap Israel tolak keamanan, Iran ikrar tak sia-siakan 'darah'
Kementerian Luar Turki dalam kenyataan pada Rabu mengutuk pembunuhan tersebut, dengan menegaskan serangan itu bertujuan untuk menyebarkan perang di Gaza pada peringkat serantau - Foto fail/ REUTERS
ANKARA: Pembunuhan kejam pemimpin tertinggi Hamas, Ismai Haniyeh mendapat reaksi keras daripada Kerajaan Turki.
Kementerian Luar Turki dalam kenyataan pada Rabu mengutuk pembunuhan tersebut, dengan menegaskan serangan itu bertujuan untuk menyebarkan perang di Gaza pada peringkat serantau.
Kenyataan itu menambah, tindakan tersebut sekali lagi mendedahkan sikap Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu bahawa mereka tidak berhasrat untuk mencapai keamanan.
Sementara itu, media rasmi Iran melaporkan jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani memaklumkan "darah" Haniyeh yang mati dibunuh tidak akan sia-sia.
Katanya lagi, syahid Haniyeh di Tehran juga akan mengukuhkan ikatan yang mendalam dan tidak dapat diputuskan antara Tehran, Palestin, dan gerakan penentangan.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Haniyeh, 62, terbunuh dalam 'serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran'.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Ismail Haniyeh
#pembunuhan pemimpin Hamas
#reaksi Turki
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan