ARTIS terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari tidak mampu mengungkapkan kesedihan sebaik mendengar khabar pemergian bekas Presiden ketiga negara itu, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie.
Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan BCL itu memuat naik gambar ‘emoji’ di ruangan 'IG Stories' yang menunjukkan sedang menangis akibat kesedihan.
BCL sememangnya dikenali ramai sebagai antara selebriti yang akrab dengan Allahyarham.
BACA: Bekas Presiden Indonesia, Habibie meninggal dunia
Keakraban isteri kepada artis kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair itu bermula selepas BCL melakonkan watak Ainun (isteri Allahyarham Habibie) dalam filem Habibie & Ainun.
Sehari sebelum pemergian Habibie ke rahmahtullah, BCL telah mengirim bunga kepada Habibie yang disapanya sebagai Eyang.
Allahyarham Habibie juga sangat menyenangi suami BCL, Ashraf dan anak lelakinya, Noah.
Bukan sahaja BCL, tetapi Reza Rahadian yang menjadi salah seorang pelakon bagi filem Habibie & Ainun juga memang dilihat sangat rapat dengan Allahyarham.
Mereka menganggap Eyang itu sebagai insan yang sangat rendah diri dan sering memberikan nasihat kepada mereka.
Reza bahkan sudah dianggap Habibie sebagai salah satu cucunya oleh kerana begitu kerap berjumpa sesama mereka baik sahaja di jamuan makan atau di acara-acara lain.
"Saya rasa kalau bukan kerana filem itu (Habibie & Ainun), saya tidak akan dapat mengenali siapa Eyang," kata Reza.
BJ Habibie meninggal dunia pada pukul 6.05 petang waktu tempatan pada usia 83 tahun.
Allahyarham juga sebelum ini sempat mendapatkan rawatan intensif di Hospital Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto kerana masalah kesihatannya yang tidak baik.
Faris Danial Razi
Wed Sep 11 2019
BCL memang sangat mengenali Allahyarham BJ Habibie kerana sebelum ini pernah melakukan penggambaran filem -Habibie & Ainun- yang berkisahkan tentang isteri kepada Allahyarham, iaitu Hasri Ainun Habibie. - Instagram @bclsinclair
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
"Selamat hari jadi di syurga" - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair
Bunga Citra Lestari memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
'Rasa sakit itu akan selamanya ada' - BCL luah isi hati selepas kembali bergelar isteri
Penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.
Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri
Difahamkan, majlis pernikahan BCL hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Duda anak tiga kekasih Bunga Citra Lestari?
Tiko Aryawardhana didakwa sangat akrab dan sering menemani BCL ke pelbagai acara.
Air mata BCL tumpah saat dendang lagu 12 Tahun Terindah
Kembali ke Kuala Lumpur, tempat berputiknya cinta bersama arwah tidak mustahil untuk Bunga tidak terkenang dengan memori-memori lama.
"Ariel kawan baik saya" - Bunga Citra Lestari
BCL jawab tuduhan liar dia menjalin hubungan intim dengan Ariel (Noah).
"Filem terakhirnya.." - BCL terharu filem lakonan Ashraf bakal ditayangkan tidak lama lagi
Bunga puji usaha dan pencapaian suaminya dalam filem J2: J Retribusi yang akan dilancarkan menerusi platform penstriman Disney Hotstar pada 1 Jun ini.
Setahun pemergian Ashraf Sinclair: 'Kami merinduimu, Abang Ash' - Yuna
Hari ini genap setahun pemergian aktor Ashraf Sinclair, namun kehilangannya masih dirasai.
Kalaulah saya tahu saya cuma ada masa 12 tahun dengannya... - Bunga Citra Lestari
Bunga menyifatkan kehilangan Ashraf membuatkan dia kembali memikirkan apa sebenarnya yang dicari dalam hidup.
Dalam kenangan 2020: Terpadamnya kerlipan-kerlipan bintang
Tahun 2020 pastinya akan terpahat dalam kalender dunia sebagai tahun yang cukup mencabar dan getir.