awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilu 2024: Ekspresi wajah lucu pelawak di kertas undi jadi tular

Gempak
Gempak
18/02/2024
06:40 MYT
Pemilu 2024: Ekspresi wajah lucu pelawak di kertas undi jadi tular
Komeng menjelaskan dia mendapatkan izin untuk menghantar foto tersebut dicetak dalam kertas undi daripada pihak berwajib. - Gambar/ Gempak
NAMA pelawak senior Indonesia, Komeng menjadi buah mulut sejak Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang berlangsung 14 Februari lalu.
Hal itu kerana pemilik nama sebenar Alfiansyah Komeng itu tiba-tiba ikut bertanding sebagai calon legislatif (Caleg) dari Jawa Barat.
Namun bukan hanya kerana pelawak itu tiba-tiba terjun ke bidang politik di bawah tiket Bebas tetapi adalah kerana foto dengan wajah lucu Komeng yang dicetak di kertas undi menjadi tular.
Dan berkat wajah lucu yang dipamerkan Komeng, dia telah menerima undian yang banyak dalam kalangan pengundi.
Para pengundi menyifatkan Komeng yang tidak pernah langsung memasang iklan kempen atau cuba ‘menjadi orang politik’, sebagai jujur dan lucu - semuanya gara-gara foto wajahnya yang kelihatan ‘terkejut’ dan bersahaja di kertas undi.
Setelah menjadi tular dan buah mulut, Komeng bercerita mengenai foto tersebut.
Pelawak berusia 53 tahun itu mendedahkan foto tersebut dirakam secara selfie.
“Foto itu diambil di depan rumah. Saya rakam sendiri secara selfie kerana pada waktu itu sedang memanaskan enjin kereta, mahu keluar.
“Ya, jadi saya selfie saja, matahari pun cantik,” kata Komeng seperti dilaporkan Detik.com.
Komeng kemudian menjelaskan dirinya juga mendapatkan izin untuk menghantar foto tersebut dicetak dalam kertas undi daripada pihak berwajib.
“Saya tanya dulu, ada undang-undang atau aturan tak jika mahu menghantar foto. Kata mereka tidak dan setelah melihat foto, tidak.
“Mereka kata ya kalau abang mahu guna foto begini (foto wajah lucu), tak ada masalah,” jelasnya lagi.
Dia juga menyifatkan foto lucu tersebut sesuai dengan slogan dan perjuangannya dalam politik.
“Komedi itu pemicu kebahagiaan. Saya mahu rakyat bahagia,” katanya. - Gempak
Topic Berkaitan
#PEMILU 2024
#foto selfie jadi tular
#Komeng
#kertas undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan