DI SEBALIK bahang Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 yang dijadual pada 14 Februari ini, seorang pemuda dikenali sebagai 'Mejar Teddy' menjadi sebutan warganet sejak beberapa hari lalu.
Ia selepas video tular memaparkan jejaka itu mengangkat seorang perempuan yang pengsan ketika kempen terakhir pasangan calon presiden dan naib presiden, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) pada 10 Februari lalu.
Insiden tersebut turut dimuat naik di laman TikTok @prabowoidn, menunjukkan 'Mejar Teddy' yang memakai pakaian hitam bergegas berlari ke pentas utama sebelum mengangkat mangsa bagi mendapatkan bantuan perubatan.
"Gerak cepat 'Mejar Teddy' menolong penonton yang pengsan ketika hadir kempen akhir di GBK. 'Salute' kepada 'Mejar Teddy'," demikian menurut kemas kini tersebut.
Tindakan pantas 'Mejar Teddy' membantu mangsa mendapatkan pujian warganet, yang rata-rata kagum dengan jejaka tampan itu.
Sementara itu, portal Liputan6.com mendedahkan identiti 'MejarTeddy', yang bukan calang-calang.
'Mejar Teddy' atau nama sebenarnya Teddy Indra Wijaya dilapor merupakan pegawai Tentara Nasional Indonesia (TNI) yang menyertai Komando Pasukan Khas (Kopassus).
Liputan6.com menambah, 'Mejar Teddy' pernah menjadi sebutan ketika bertugas sebagai pembantu atau pengawal keselamatan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada 2014 hingga 2019.
Dia kemudian melanjutkan pendidikan tentera di Amerika Syarikat (AS).
Setelah kembali ke Indonesia, Teddy Indra memegang pangkat Mejar, dan ketika ini dipercayai menjadi pengawal keselamatan kepada Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan.
Kira-kira 204 juta rakyat Indonesia akan meraikan pesta demokrasi dalam Pemilu dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 pada Rabu ini untuk memilih presiden, naib presiden, ahli Perhimpunan Perundingan Rakyat dan wakil untuk badan perundangan tempatan.
Indonesia memulakan kempen pilihan presiden 2024 pada November tahun lalu yang menyaksikan tiga calon bersaing untuk pemilihan pemimpin.
Persaingan melibatkan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto, bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan.
Astro Awani
Mon Feb 12 2024
'Mejar Teddy' yang memakai pakaian hitam bergegas berlari ke pentas utama sebelum mengangkat mangsa bagi mendapatkan bantuan perubatan - Foto/TikTok @prabowoidn
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Pemilu 2024: Kelibat 'Mejar Teddy' angkat gadis pengsan jadi sebutan warganet
Tindakan pantas 'Mejar Teddy' membantu mangsa mendapatkan pujian warganet, yang rata-rata kagum dengan jejaka tampan itu.