Ulama terkenal Pakistan, Maulana Sami-ul-Haq, juga dikenali sebagai Bapa Taliban, disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Media tempatan melaporkan beliau ditikam hingga mati di rumahnya di bandar Rawalpindi, utara Pakistan.
Anaknya, Maulana Hamid-ul-Haq, mengesahkan bapanya diserang dan ditikam di kediamannya oleh penyerang yang tidak dikenali.
Katanya, Sami-ul-Haq bersendirian di rumahnya ketika itu kerana pengawal dan pemandunya telah keluar.
Susulan kejadian itu, beliau dibawa ke sebuah hospital di Rawalpindi, tetapi kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Bagaimanapun, wujud beberapa laporan bercanggah mengenai kematiannya.
Motif serangan tidak diketahui.
Sami-ul-Haq merupakan ketua Madrasah Haqqnia di utara Pakistan, pusat pengajian kepada beberapa pemimpin utama Taliban, termasuk pengasasnya Mullah Omar.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.
Astro Awani
Sat Nov 03 2018

Sami-ul-Haq merupakan ketua Madrasah Haqqnia di utara Pakistan, pusat pengajian kepada beberapa pemimpin utama Taliban. Foto Twitter @MolanaSamiUlHaq

AWANI Ringkas: PdPR bermula hari ini | Terjejas banjir, tiada sekolah menengah di Sabah ditutup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

COVID-19 | Ahli Parlimen Pasir Salak positif COVID-19
Selepas Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19, semalam, hari ini Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman pula turut menerima nasib yang sama. Kedua-dua mereka duduk bersebelahan antara satu sama lain dalam satu sidang media pada 12 Januari lepas.

Banjir | Semakin reda di tiga negeri, 1,206 masih di 14 PPS
Banjir di tiga negeri iaitu Pahang, Sabah dan Sarawak semakin pulih apabila jumlah mangsa yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan. Sehingga jam 8.00 pagi tadi seramai 1,206 mangsa masih di 14 PPS yang masih aktif.

Sesi Sekolah Bermula | Tiada sekolah menengah dilanda banjir ditutup
Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah susulan bencana banjir baru-baru ini. Sebaliknya, semua sekolah dibuka bagi menerima kesemua 51, 294 pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia, SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, STPM kembali meneruskan sesi pembelajaran masing-masing.

Sesi Persekolahan | Tinjauan hari pertama persekolahan di Kedah
Sesi persekolahan bermula hari ini melibatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) semester 1 dan 3 serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020. Dii Kedah, seramai 32,386 calon perperiksaan awam berkenaan memulakan sesi persekolahan masing-masing pagi tadi. Untuk perinciannya wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang kini berada di salah sebuah sekolah di Alor Setar.

Lemas | Remaja 16 tahun maut selepas selamatkan dua rakan
Seorang remaja berusia 16 tahun ditemukan lemas di Sungai Kampung Perupok, Tikat, Kota Bharu. Mayat mangsa Wan Mohd Azamuddin Wan Aznan ditemukan sekitar jam 6.30 petang Selasa.

Niaga AWANI: KDNK China, era Biden dan ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

JPN Kedah perkenal modul khas bantu proses PdPR
Inisiatif berkenaan merupakan platform JPNK bagi membantu pelajar di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 791 orang
Antara daerah terjejas teruk akibat banjir setakat ini adalah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

32,386 calon SPM, STPM, STAM di Kedah mulakan sesi persekolahan
JPN Kedah beri jaminan setiap arahan kerajaan terutama dalam sesi persekolahan norma baharu dapat dipatuhi kumpulan yang terlibat.

Pemimpin agama Pakistan dibunuh di Rawalpindi
Media tempatan melaporkan beliau ditikam hingga mati di rumahnya di bandar Rawalpindi, utara Pakistan.