awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin al-Qaeda di Yaman sasar serangan terhadap Trump, Musk

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2025
23:30 MYT
Pemimpin al-Qaeda di Yaman sasar serangan terhadap Trump, Musk
Saad bin Atef al-Awlaki menegaskan, tiada lagi garis merah selepas apa yang telah dan sedang berlaku terhadap penduduk di Gaza. - Foto Facebook/Hinata Akira Anderson
SANAA: Pemimpin tertinggi al-Qaeda di Yaman menyasarkan serangan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS_ Trump dan jutawan teknologi Elon Musk berikutan sokongan berterusan Washington terhadap tindakan Israel ke atas Gaza.
Pemimpin, Saad bin Atef al-Awlaki menegaskan, tiada lagi garis merah selepas apa yang telah dan sedang berlaku terhadap penduduk di Gaza.
Dalam satu ucapan menerusi video, Saad berkata, balasan kepada mereka yang menyokong kekejaman terhadap Gaza adalah sah dari segi syarak.
Mesej tersebut turut memaparkan imej Trump, Musk, Naib Presiden AS JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth.
Sehubungan itu, kenyataan telah mencetuskan kebimbangan terhadap potensi ancaman keselamatan dan memperlihatkan bagaimana konflik di Gaza terus memberi kesan kepada ketegangan global.
Semalam, tentera Israel bertindak menculik aktivis di atas kapal bantuan 'Madleen' yang menuju ke Gaza lewat Ahad.
Misi terbaharu itu dianjurkan 'Freedom Flotilla Coalition' untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza dan menyalurkan bantuan ke wilayah berkenaan.
Topic Berkaitan
#AS
#Donald Trump
#Elon Musk
#Saad bin Atef al-Awlaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami