awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin pembangkang Israel gesa rejim Zionis pastikan tiada kebuluran di Gaza

Agensi
Agensi
28/07/2025
22:00 MYT
Pemimpin pembangkang Israel gesa rejim Zionis pastikan tiada kebuluran di Gaza
Lapid menegaskan, rejim Zionis perlu segera memastikan tiada kebuluran berlaku di Gaza, sambil memberi amaran kegagalan berbuat demikian boleh mengundang sekatan antarabangsa serta menjejaskan imej negara di mata dunia. - Gambar fail Reuters
TEL AVIV : Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan, rejim Zionis perlu segera memastikan tiada kebuluran berlaku di Gaza, sambil memberi amaran kegagalan berbuat demikian boleh mengundang sekatan antarabangsa serta menjejaskan imej negara di mata dunia.
“Israel mesti pastikan tiada kebuluran di Gaza - bukan sahaja kerana ia mencerminkan nilai kemanusiaan bangsa Yahudi, tetapi juga bagi mengelak daripada membantu kempen propaganda Hamas,” kata Lapid dalam satu kenyataan.
Beliau memberi amaran, tanpa perubahan dasar yang drastik, Israel berdepan kemungkinan dikenakan sekatan antarabangsa dan rakyatnya sendiri akan menanggung akibat.
“Sesiapa yang melancong ke luar negara akan perlu berharap mereka tidak diserang,” katanya merujuk kepada peningkatan kebencian terhadap Israel di beberapa negara.
Lapid turut menggesa penamatan perang di Gaza dan menyifatkan kempen ketenteraan yang sedang berlangsung sebagai satu kegagalan besar.
“Berdasarkan maklumat risikan dan operasi yang saya akses, kerajaan telah gagal dalam perang ini. Ia satu bencana menyeluruh,” tegasnya.
Beliau mencadangkan supaya satu perjanjian menyeluruh berhubung pembebasan tebusan dimeterai dan tentera Israel ditarik keluar dari Gaza.
Katanya lagi, tentera Israel seharusnya ditempatkan di kawasan sempadan sahaja dan bertindak terhadap Hamas dari situ, manakala pentadbiran Gaza perlu diserahkan kepada pakatan negara Arab sederhana yang diketuai Mesir. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Israel-Hamas
#kebuluran di Gaza
#pembangkang Israel
#Yair Lapid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami