Pemimpin dunia yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di sini Isnin menerima pakai 'Deklarasi New York bagi Pelarian dan Migran', menzahirkan kesungguhan politik untuk menangani isu-isu berkaitan membabitkan kumpulan itu dan berkongsi tanggungjawab bagi pergerakan lebih besar dalam skala global.
Presiden UNGA Peter Thomson berkata beliau akan mengusulkan komitmen keahlian untuk memulakan proses yang membawa kepada inisiatif global mengenai migrasi serta menyokong inisiatif global ke atas pelarian.
Dengan mengguna pakai pengisytiharan itu, negara anggota membuat komitmen padu, termasuk memulakan rundingan yang membawa kepada persidangan antarabangsa dan penerimaan inisiatif global bagi peraturan tetap dan teratur mengenai keselamatan migrasi pada 2018.
Mereka juga membangunkan garis panduan mengenai rawatan bagi migran di kawasan terdedah bahaya.
Objektif lain adalah untuk mencapai perkongsian lebih saksama dalam memikul beban dan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah dan menyokong pelarian dunia dengan menerima pakai inisiatif global mengenai pelarian dalam tempoh dua tahun.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Malaysia pada mesyuarat peringkat tinggi PBB mengenai isu menangani pemindahan besar-besaran pelarian dan migran, yang bertujuan bagi merangsang semua negara bertindak secara lebih berperikemanusiaan dan pendekatan yang selaras.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon juga melancarkan kempen baharu, 'Together - Respect, Safety dan Dignity for All' bagi mengatasi masalah kebangkitan xenophobia.
Pada hari Isnin juga, Ban dan Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) William Lacy Swing menandatangani perjanjian baharu yang membolehkan IOM menjadi organisasi berkaitan bagi PBB, dengan itu mengukuhkan pendekatan menyeluruh global mengenai migrasi. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2016
Mesyuarat Peringkat Tertinggi Menangani Penghijrahan Pelarian dan Migran Berskala Besar diadakan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA). --fotoBERNAMA (2016)
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Pemimpin UNGA terima pakai Deklarasi New York bagi pelarian dan migran
Presiden UNGA Peter Thomson berkata beliau akan mengusulkan komitmen keahlian untuk memulakan proses yang membawa kepada inisiatif global mengenai migrasi.