awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pempengaruh Abdu Rozik ditahan di Lapangan Terbang Dubai atas dakwaan mencuri

Agensi
Agensi
13/07/2025
00:40 MYT
Pempengaruh Abdu Rozik ditahan di Lapangan Terbang Dubai atas dakwaan mencuri
Rozik yang hanya mempunyai ketinggian sekitar tiga kaki akibat kekurangan hormon tumbesaran, merupakan antara selebriti muda paling dikenali di Asia Barat.
DUBAI: Penyanyi dan pempengaruh media sosial terkenal, Abdu Rozik dilaporkan ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada awal pagi Sabtu atas dakwaan berkaitan kecurian, menurut syarikat pengurusannya seperti dilaporkan Khaleej Times.
Rozik, 21, yang berasal dari Tajikistan ditahan kira-kira jam 5 pagi sejurus tiba dari Montenegro.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai aduan yang dikemukakan masih belum didedahkan, dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa setakat ini.
"Apa yang boleh kami sahkan ialah beliau telah ditahan atas dakwaan kecurian," kata wakil syarikat pengurusan Rozik, sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.
Khaleej Times melaporkan, mereka telah menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan kenyataan rasmi.
Rozik yang hanya mempunyai ketinggian sekitar tiga kaki akibat kekurangan hormon tumbesaran, merupakan antara selebriti muda paling dikenali di rantau ini.
Beliau memiliki Visa Emas UAE dan telah menetap di Dubai selama beberapa tahun.
Namanya melonjak menerusi muzik, video tular serta penampilan dalam rancangan realiti termasuk Bigg Boss 16.
Pada tahun 2024, Rozik memulakan debut tinjunya di Coca-Cola Arena, Dubai, selain melancarkan jenama restoran miliknya, Habibi, di United Kingdom.
Tahun sama, beliau juga pernah dipanggil oleh Direktorat Penguatkuasaan India (ED) untuk membantu siasatan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat hospitaliti – walaupun Rozik tidak dinamakan sebagai suspek dalam kes itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#pempengaruh
#Abdu Rozik
#Lapangan Terbang Dubai
#Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan