awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaratan Chandrayaan-3 di bulan pecah rekod tontonan penstriman langsung YouTube

Agensi
Agensi
27/08/2023
09:28 MYT
Pendaratan Chandrayaan-3 di bulan pecah rekod tontonan penstriman langsung YouTube
Jumlah tontonan penstriman langsung pendaratan Chandrayaan-3 tewaskan dua perlawanan bola sepak Piala Dunia. - Reuters
LEBIH lapan juta pengguna serentak menonton penstriman secara langsung di YouTube ketika Chandrayaan-3 Lander Module melakukan pendaratan di bulan Rabu lalu, menjadikannya penstriman langsung yang paling banyak ditonton di platform berkenaan.
Chandrayaan-3 berjaya mendarat selepas menempuh perjalanan kira-kira 384,000 kilometer selama lebih 40 hari, selepas dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota pada 14 Julai.
Penstriman langsung kedua yang paling banyak ditonton ialah perlawanan bola sepak antara Brazil dan Croatia dalam Piala Dunia FIFA 2022, yang merekod enam juta penonton serentak puncak (PCV).
Perlawanan bola sepak Brazil bertemu Korea Selatan dari kejohanan yang sama dengan 5.2 juta PCV menduduki tempat ketiga.
Pendaratan Chandrayaan menjadikan India negara keempat mencapai kejayaan misi pendaratan di bulan dan yang pertama ke tanah lembut berhampiran kutub selatan bulan.
Berikut ialah senarai lima penstriman langsung YouTube yang paling banyak ditonton:
Pelancaran ISRO Chandrayaan-3: 8.06 Juta
Brazil vs Korea Selatan (Piala Dunia FIFA): 6.15 juta
Brazil vs Croatia (Piala Dunia FIFA): 5.2 juta
Vasco vs Flamengo: 4.8 juta
Demo Kru SpaceX: 4.08 juta
Topic Berkaitan
#Chandrayaan-3
#India
#bulan
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan