Skip to main content

Dunia

Penduduk ASEAN lewat berkeluarga, saiz isi rumah semakin kecil - Laporan

Laporan itu mendapati daya tahan keluarga yang lebih tinggi mempunyai kaitan dengan hubungan kekeluargaan yang lebih erat, tahap kesejahteraan keluarga yang lebih tinggi, kualiti hidup yang lebih baik serta kualiti perkahwinan yang lebih tinggi. - Gambar hiasan
Laporan itu mendapati daya tahan keluarga yang lebih tinggi mempunyai kaitan dengan hubungan kekeluargaan yang lebih erat, tahap kesejahteraan keluarga yang lebih tinggi, kualiti hidup yang lebih baik serta kualiti perkahwinan yang lebih tinggi. - Gambar hiasan
Advertisement

SINGAPURA: Penduduk di seluruh negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kini memulakan kehidupan berkeluarga pada usia lebih lewat dan tinggal dalam isi rumah yang lebih kecil, menurut satu laporan yang dikeluarkan di Singapura pada Selasa, lapor Xinhua.

Laporan sulung State of ASEAN Families Report 2026, yang berdasarkan data pentadbiran dan tinjauan yang dijalankan di 10 bandar ASEAN, turut mendapati bahawa isi rumah yang dikaji secara umumnya melaporkan tahap daya tahan dan kesejahteraan keluarga yang sederhana hingga tinggi, kualiti hidup yang baik serta hubungan kekeluargaan yang erat.

Laporan itu mendapati daya tahan keluarga yang lebih tinggi mempunyai kaitan dengan hubungan kekeluargaan yang lebih erat, tahap kesejahteraan keluarga yang lebih tinggi, kualiti hidup yang lebih baik serta kualiti perkahwinan yang lebih tinggi.

Advertisement

Dapatan kajian turut menunjukkan perbezaan mengikut jenis isi rumah.

Isi rumah keluarga nuklear (keluarga teras) dan isi rumah tiga generasi secara umumnya melaporkan tahap daya tahan dan kesejahteraan keluarga yang lebih tinggi, selain menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Advertisement

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement