awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Cuba bergelap, kerajaan berdepan masalah kurang bahan api

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2024
00:15 MYT
Penduduk Cuba bergelap, kerajaan berdepan masalah kurang bahan api
Penduduk Cuba terpaksa bergelap apabila separuh daripada kepulauan itu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api dan kegagalan infrastruktur. - Foto REUTERS
HAVANA: Penduduk Cuba terpaksa bergelap apabila separuh daripada kepulauan itu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api dan kegagalan infrastruktur.
Syarikat pembekal dikendali kerajaan, National Electric Union, mengumumkan kapasiti penjanaan elektrik ialah 1,692 megawatt berbanding permintaan lebih tinggi iaitu 3,300 megawatt.
Ini sekali gus menyebabkan jutaan penduduk terputus bekalan elektrik.
Dalam pada itu, perusahaan kecil dan sederhana swasta terpaksa mencari penyelesaian alternatif untuk mengurangkan kerugian dan terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
Peningkatan gangguan bekalan elektrik berlaku akibat loji jana kuasa berasaskan minyak dilaporkan uzur dan kebanyakan mencecah usia beberapa dekad sehingga gagal beroperasi dengan baik.
Krisis ekonomi di Cuba dilaporkan semakin parah, termasuk penduduk berdepan kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan sekali gus menyebabkan penghijrahan penduduk Cuba mencecah rekod tertinggi malah menambah lagi penderitaan dialami.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#Cuba
#National Electric Union
#loji jana kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan