awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk di kawasan Banten, Indonesia diminta jauhi kawasan pantai

Bernama
Bernama
02/08/2019
16:19 MYT
Penduduk di kawasan Banten, Indonesia diminta jauhi kawasan pantai
Gempa bumi pukul 7.03 petang, berpusat di 147km barat daya Sumur-Banten itu turut menggegarkan kota Jakarta yang terletak kira-kira 120km dari Banten. - Gambar fail
Penduduk di Pandeglang, Banten, Jawa Barat diarah menjauhi kawasan pantai berikutan berlakunya kejadian gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), beberapa kawasan di Banten dikhuatiri berlakunya tsunami setinggi lebih 3 meter.
Kota Jakarta hari ini turut bergegar dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter yang berlaku di Banten, kira-kira 120km dari sini, petang Jumaat.
Gempa bumi pukul 7.03 petang, berpusat di 147km barat daya Sumur-Banten itu turut menggegarkan kota Jakarta yang terletak kira-kira 120km dari Banten.
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan turut meminta rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular diminta menghubungi talian +62215224947 atau +6281380813036," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika
#Banten
#BMKG
#gempa bumi
#Gempa Jakarta
#jawa barat
#Sumur-Banten
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan