awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Gaza diarah berpindah lagi

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2024
00:15 MYT
Penduduk Gaza diarah berpindah lagi
Tentera Israel mendakwa, penduduk berisiko berdepan bahaya jika terus kekal di kawasan itu berikutan tembakan roket dari selatan Khan Younis. - Foto AP
KHAN YOUNIS: Tentera Israel mengarahkan penduduk Khan Younis berpindah ke Al-Mawasi di selatan Gaza, kawasan yang ditetapkan sebagai zon selamat tetapi sering jadi sasaran serangan.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel mendakwa, penduduk berisiko berdepan bahaya jika terus kekal di kawasan itu berikutan tembakan roket dari selatan Khan Younis.
Menurut kenyataan itu, amaran awal kepada orang awam dibuat untuk mengurangkan bahaya kepada penduduk dan menjauhkan mereka dari kawasan pertempuran.
Pada 13 Julai lalu, tentera Israel menyasarkan kem pelarian di Al-Mawasi, membunuh lebih 90 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 300 yang lain.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, serangan udara berkenaan menyasarkan Komander Briged Al-Qassam, Mohammed Deif dan timbalannya.
Sehingga kini, Israel membunuh lebih 39,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Tindakan kejam rejim Zionis turut mencetuskan bencana kemanusiaan, dengan hampir keseluruhan wilayah semakin lumpuh akibat kekurangan makanan, air bersih dan bekalan perubatan.
Topic Berkaitan
#Khan Younis
#Israel
#Gaza
#pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan