PENDUDUK lebih 50 bandar di Amerika Syarikat mengadakan protes membantah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang melarang pengguguran anak.

Keputusan mahkamah itu dijangka menjejaskan kira-kira 36 juta wanita yang mempunyai umur reproduktif, kehilangan akses menggugurkan anak di negeri mereka.

Angka itu diperoleh dari Planned Parenthood iaitu sebuah organisasi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan itu.

Kira-kira separuh daripada negeri-negeri di Amerika Syarikat dijangka menguatkuasakan sekatan dan larangan baharu selepas mahkamah membatalkan keputusan Roe vs Wade, 50 tahun lalu.

Kes mahkamah Roe vs Wade 1973 menyaksikan Mahkamah Agung memutuskan undian tujuh berbalas dua mengenai hak wanita menggugurkan anak dilindungi oleh perlembagaan Amerika Syarikat.

Keputusan itu memberi wanita di Amerika Syarikat hak mutlak menggugurkan kandungan semasa tiga bulan pertama kehamilan.

Presiden Joe Biden menyifatkan keputusan itu sebagai idealogi ekstrem dan kesilapan tragis oleh Mahkamah Agung.