awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk tempatan terkejut dengan kemalangan ngeri ragut tiga nyawa di New Zealand

Bernama
Bernama
30/03/2024
13:13 MYT
Penduduk tempatan terkejut dengan kemalangan ngeri ragut tiga nyawa di New Zealand
Kejadian kemalangan maut yang terjadi di laluan ikonik berdekatan destinasi tarikan tasik di New Zealand menggemparkan warga tempatan. - Gambar hiasan
TIGA maut dalam dua nahas melibatkan dua kenderaan dan sebuah motosikal di lebuh raya State Highway 8 dekat Tasik Pukaki hari ini, lapor New Zealand Herald.
Tragedi ini yang merupakan dua kemalangan serius yang berlaku dalam masa kurang dua jam di atas jalan yang sama melibatkan 20 individu dilaporkan mengejutkan masyarakat setempat dan agensi menyelamat.
Terdahulu, satu kemalangan dekat Tasik Tekapo mengakibatkan dua penuntut Malaysia maut dan tiga lagi diterbangkan ke Hospital Christchurch untuk mendapatkan rawatan segera seperti yang disahkan Kementerian Luar (Wisma Putra) dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.
Pelajar berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan penuntut daripada University of Canterbury and Victoria University of Wellington yang merupakan antara mangsa dalam kemalangan itu, menurut laporan itu.
Sementara itu Insp Craig McKay, seorang pengurus operasi dan sokongan daerah polis dipetik oleh laman sesawang rasmi Polis New Zealand menggambarkan lokasi kemalangan "amat menyukarkan" dengan beberapa mangsa yang cedera perlu dikeluarkan daripada kenderaan terlibat oleh kru penyelamat.
Usaha menyelamat dalam kemalangan itu melibatkan tiga helikopter dan membawa kepada siasatan yang kompleks dan masih berjalan untuk mencari punca nahas.
"Kami meminta kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati pada hujung minggu ini. Sila ambil masa anda serta mengambil rehat secukupnya dan memandu mengikut kesesuaian keadaan. Nahas seperti ini menunjukkan bagaimana mudahnya untuk sesuatu keadaan bertukar menjadi amat buruk," kata McKay dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#tasik pukaki
#tasik tekapo
#pelajar malaysia maut
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan