awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan dibatalkan akibat mogok di Jerman

Bernama
Bernama
24/03/2023
13:27 MYT
Penerbangan dibatalkan akibat mogok di Jerman
Lapangan Terbang Frankfurt, antara hab antarabangsa utama juga mengumumkan bahawa mogok itu dijangka menyebabkan gangguan besar pada Isnin. - Gambar hiasan/Unsplash
BERLIN: Lapangan Terbang Munich Jerman terpaksa membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan pada Ahad dan Isnin akibat mogok, lapor Agensi Anadolu.
"Tiada penerbangan awam dijadual pada Ahad, 26 Mac dan Isnin, 27 Mac 2023 di Lapangan Terbang Munich akibat mogok," menurut pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan.
Penumpang yang telah membuat tempahan pada hari berkenaan diminta menghubungi syarikat penerbangan atau operator pelancongan mereka.
Kesatuan sekerja Jerman pada Khamis melancarkan mogok di seluruh negara ekoran pertikaian mengenai gaji dan persekitaran kerja.
Lapangan Terbang Frankfurt, antara hab antarabangsa utama juga mengumumkan bahawa mogok itu dijangka menyebabkan gangguan besar pada Isnin.
"Operasi di Lapangan Terbang Frankfurt akan terganggu sepanjang hari pada 27 Mac.
Penumpang dinasihatkan supaya mengelak daripada pergi ke lapangan terbang," menurut pengendali itu dalam satu kenyataan.
Kesatuan itu mewakili kira-kira 2.5 juta pekerja sektor awam, menuntut kenaikan gaji 10.5 peratus dan tidak kurang daripada EUR500 (US$540) di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi dan krisis kos sara hidup.
Rundingan pusingan baharu dijangka bermula minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#pelancongan
#mogok
#sektor awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan