awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan evakuasi dari Afghanistan mungkin disambung semula - Dominic Raab

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2021
23:19 MYT
Penerbangan evakuasi dari Afghanistan mungkin disambung semula - Dominic Raab
Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani mengadakan pertemuan dengan Dominic Raab di Doha, Qatar, 2 Sept, 2021. REUTERS
SETIAUSAHA Luar United Kingdom memberi bayangan penerbangan pemindahan keluar dari Afghanistan mungkin akan disambung semula.
Keyakinan ini dinyatakan Dominic Raab selepas pertemuan dengan pemimpin Qatar di Doha pada Khamis.
Raab memaklumkan lapangan terbang Kabul mungkin akan dibuka semula dalam masa terdekat.
"Terdapat dua peluang untuk mewujudkan laluan selamat buat warga Britain dan Afghanistan yang bekerja untuk kami keluar dari negara itu dan kembali ke UK.
"Pertama adalah melalui lapangan terbang di Kabul.
"Saya mengadakan perbincangan dengan Emir dan Menteri Luar Qatar mengenai kemungkinan untuk merealisasikannya.
"Masih belum ada kenyataan rasmi boleh dikeluarkan, tetapi ia berkemungkinan akan berlaku dalam masa terdekat," kata Raad.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani memaklumkan negara itu kini meneruskan perbincangan dengan taliban untuk membolehkan proses pemindahan disambung segera.
Negara Teluk itu menjadi pengantara kepada pejabat politik Taliban sejak lapan tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#United Kingdom
#Dominic Raab
#evakuasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan