INDONESIA akan menjadi negara pertama menganjurkan acara Nas Summit di luar Dubai.
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno dalam satu kemas kini di Instagram berkata, acara itu akan menjadi satu platform yang baik untuk memperkenalkan produk pelancongan dan ekonomi Indonesia.
"Diharapkan acara ini dapat menjadi wadah mempromosikan pelancongan dan ekonomi kreatif Indonesia serta dapat menjadi motivasi kita untuk terus berkarya di dunia digital agar lebih banyak peluang pekerjaan tercipta," tulisnya.
Namun begitu keterujaan Sandiaga tidak dikongsi netizen Indonesia yang mempersoalkan acara yang dikelola YouTuber kontroversi, Nas Daily itu.
"Individu ini bermasalah, di negara jiran dia ditolak, kenapa kita beri ruang pada orang seperti ini, lebih baik sebelum dijemput, sekurang-kurangnya kita kaji dulu biografi, asal usul, latar belakang, jangan silap pilih," kata seorang pengguna di ruangan komen.
"Ini bukan hal yang membanggakan," ujar seorang pengguna Instagram dalam komennya.
"Pak, berikan hujah alasan mengapa kita perlu mengundang Nas Daily?" komen seorang lagi.
Nas sebelum ini mencipta sensasi apabila meletakkan dirinya sebagai pro-Israel dan menormalisasi hal konflik antara Israel dan Palestin.
Dia pernah dikesan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis di bawah Kepulauan Caribbean. Sementara itu di Filipina pula, dia dituduh mengeksploitasi seorang pelukis tatu berusia 104 tahun dan menggunakan bahasa diskriminasi yang menyinggung perasaan warga tempatan.
Nas Summit adalah acara yang akan menghimpunkan pelbagai pencipta kandungan, artis media sosial, influencer dan YouTuber dari seluruh dunia.
Komuniti berskala antarabangsa ini mempunyai sekurang-kurangnya 22,000 ahli.
Antara speaker yang dijangka turut serta di Indonesia ialah Rudy Salim, Boy William dan Nirina Zubir.
Agensi
Sat Jan 28 2023

Keterujaan Sandiaga tidak dikongsi netizen Indonesia yang mempersoalkan acara yang dikelola YouTuber kontroversi, Nas Daily itu.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

'Content' dipertikai lagi, Nas Daily buat hal dengan Indonesia pula
Nas Daily menyiarkan video di Instagram yang memaparkan Bali dan penduduk berbangsa asing atau berkulit putih.

Penganjuran Nas Summit di Indonesia terima kecaman
Keterujaan Sandiaga tidak dikongsi netizen Indonesia yang mempersoalkan acara yang dikelola YouTuber kontroversi, Nas Daily itu.

Nas Daily guna pasport negara lain masuk ke Malaysia - Imigresen
Warga Israel, Nas Daily masuk ke Malaysia guna pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.