DUNIA
Pengantin perempuan menangis, pengsan lihat pelamin buruk

Pengantin perempuan yang pengsan dibantu oleh ahli keluarga dan para tetamu.
SEORANG pengantin perempuan dilaporkan menangis teresak-esak sehingga pengsan selepas melihat dekorasi majlis perkahwinannya yang didakwa buruk dan tidak siap.
Ringkasan AI
- Seorang pengantin perempuan, Wiwin Wulandari, pengsan selepas menangis teresak-esak melihat dekorasi majlis perkahwinannya yang didakwa tidak siap dan tidak seperti dijanjikan.
- Wiwin kecewa kerana telah memilih pakej paling mahal daripada syarikat perancang perkahwinan tetapi hasilnya kotor, tidak kemas dan mengecewakan.
- Video kejadian itu tular di TikTok dengan lebih 26.7 juta tontonan dan menerima pelbagai reaksi netizen yang bersimpati serta mengecam perkhidmatan yang diberikan.
Beberapa saat kemudian, dia dilihat pengsan sebelum dibantu oleh ahli keluarga dan para tetamu yang hadir.
Menurut Wiwin, dia amat kecewa apabila melihat hiasan pelamin yang bukan sahaja kelihatan kotor dan tidak kemas, malah langsung tidak menyerupai apa yang dijanjikan.
Lebih mengecewakan, dia telah memilih pakej paling mahal yang ditawarkan syarikat perancang perkahwinan berkenaan dan telah melunaskan bayaran penuh.
Rakaman video tersebut mencetuskan perhatian ramai dengan lebih 26.7 juta tontonan serta pelbagai reaksi netizen.
"Tak perlu bayar kalau hasilnya langsung tak seperti yang dijanjikan," komen seorang pengguna TikTok.
"Kahwin sekali seumur hidup! Mohon maaf seribu kali pun belum tentu cukup," kata seorang lagi netizen. - Sinar Harian/ Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami