awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar coklat Mars antarabangsa tarik balik jualan produk

Agensi
Agensi
24/02/2016
01:50 MYT
Pengeluar coklat Mars antarabangsa tarik balik jualan produk
Produk yang terjejas adalah produk-produk dengan tarikh luput sebelum 19 Jun 2016 hingga 8 Jan 2017. - Foto AFP / JOHN THYS
Pengeluar coklat Mars antarabangsa menarik balik jualan produk keluarannya, Mars dan Snickers serta coklat mini Milky Way di 55 negara di Eropah selepas kepingan plastik dijumpai di dalam produk tersebut.
Produk yang terjejas adalah produk-produk dengan tarikh luput sebelum 19 Jun 2016 hingga 8 Januari 2017.
Menurut syarikat Mars Chocolate dalam satu kenyataan, produk yang ditarik balik adalah yang dibuat di kilang Mars di Veghel, Belanda, yang turut dieksport ke luar negera.
Sebelum itu, Mars hanya mengumumkan penarikan coklat berkenaan di Jerman.
Kepingan plastik yang ditemui dalam coklat tersebut dikhuatiri boleh menyebabkan pelanggan tercekik.
Syarikat itu berkata, senarai penuh produk yang terjejas dapat dilihat di laman www.mars.de
Pengumuman ini adalah bagi mengelakkan pengguna yang telah membeli salah satu produk berkenaan daripada memakannya.
Topic Berkaitan
#Belanda
#eropah
#mars
#milky way
#Snickers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan