DUNIA
Pengerusi syarikat model plastik Tamiya Jepun, Shunsaku meninggal dunia

Tamiya Inc. merancang acara peringatan untuk menghargai legasi mendiang Shunsaku dalam dunia permainan dan hobi. - Foto Tamiya Inc.
SHIZUOKA (Jepun): Pengerusi syarikat pengeluar kit model plastik Jepun, Tamiya Inc. Shunsaku Tamiya yang terkenal dengan kereta kawalan jauh dan model Mini 4WD (pacuan empat roda) telah meninggal dunia, menurut syarikat itu pada Selasa.
Ringkasan AI
- Pengerusi Tamiya Inc., Shunsaku Tamiya, meninggal dunia pada usia 90 tahun, dikenang atas sumbangan besar dalam menaikkan imej global syarikat itu terutama dalam bidang model plastik dan Mini 4WD.
- Sebagai anak jati Shizuoka, beliau memainkan peranan penting dalam mempromosi industri hobi setempat melalui pameran dan acara perdagangan sejak menjadi presiden syarikat pada 1984, dan pengerusi mulai 2008.
- Walaupun pengebumian dijalankan secara tertutup, Tamiya Inc. merancang acara peringatan untuk menghargai legasi beliau dalam dunia permainan dan hobi.
Anak jati Shizuoka itu telah lama berkhidmat sebagai presiden syarikat, membantu meningkatkan reputasi kampung halamannya dalam industri model plastik melalui pameran perdagangan dan acara hobi, menurut syarikat berkenaan.
Tamiya menjadi presiden syarikat itu pada 1984 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi pada 2008.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami