NICE : Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon Perancis yang mengarahkan seorang pelajar pulang ke rumah kerana memakai pakaian tradisional Jepun, kimono dan mendakwa pakaian yang dipakai pelajar itu "bercirikan keagamaan."
Menurut Agensi Anadolu, pelajar berusia 15 tahun itu dipanggil pada Rabu untuk membincangkan kejadian yang berlaku sehari sebelumnya apabila dihalang kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.
Pelajar beragama Islam itu berkata pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.
Pengetua itu berkata semua pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama tidak dibenarkan di sekolah itu.
Seorang lagi pelajar dari sekolah menengah yang sama dikenakan tindakan serupa kerana memakai kimono.
Peguam keluarga itu, Maitre Nabil Boudi berkata mereka telah memfailkan aduan "diskriminasi atas dasar pegangan agama."
"Penghinaan itu mesti dihentikan dan pihak berkuasa kehakiman mesti segera mengambil kes ini memandangkan arahan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Negara itu mewujudkan diskriminasi agama terhadap pelajar wanita," katanya.
Pelajar itu berkata dia ditegur di hadapan seluruh kelasnya dan dipaksa menanggalkan kimononya ketika dibawa ke pejabat pengetua kerana melanggar arahan Kementerian Pendidikan dan tidak dibenarkan menghadiri kelas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Kimono adalah pakaian tradisional buat masyarakat Jepun. - Gambar hiasan/AP
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Pengetua sekolah di Perancis larang pelajar berpakaian kimono hadiri kelas
Pengetua sebuah sekolah menengah di Lyon Perancis mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai pakaian tradisional Jepun, kimono.