awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggodam Rusia menyerang sistem e-mel Pentagon pada 2015 - CBS

Reuters
Reuters
16/12/2016
04:13 MYT
Penggodam Rusia menyerang sistem e-mel Pentagon pada 2015 - CBS
Sistem email tersebut telah digunakan oleh Turus Bersama Pentagon, sebuah organisasi yang memiliki 3,500 pegawai tentera dan orang awam yang bekerja untuk pengerusi mereka.
Penggodam Rusia berjaya mengawal sistem e-mel tidak berstatus sulit yang digunakan oleh Ketua Turus Bersama Tentera Amerika Syarikat (AS) tahun lepas, lapor CBS News pada Khamis dengan memetik sebuah temu duga bersama pengerusi Ketua Turus Bersama Martin Dempsey ketika itu.
Dempsey yang tidak mahu dikenali wajahnya berkata, beliau telah diberi peringatan mengenai serangan Ogos 2015 itu melalui satu panggilan telefon daripada pengarah Agensi Keselamatan Kebangsaan, Admiral Mike Rogers.
Sistem e-mel tersebut telah digunakan oleh Turus Bersama Pentagon, sebuah organisasi yang memiliki 3,500 pegawai tentera dan orang awam yang bekerja untuk pengerusi mereka.
Penggodam memperoleh kata laluan dan tandatangan elektronik yang digunakan Dempsey, seorang jeneral tentera yang telah bersara pada September 2015, dan beratus-ratus pegawai kanan lain, menurut CBS. Satu-satunya cara untuk menghentikan serangan adalah dengan menutup rangkaian tersebut.
Pihak AS menyalahkan Rusia atas serangan tersebut, yang disifatkan berlaku bukan untuk tujuan perisikan namun sebuah serangan jelas bagi menimbulkan kekacauan. Kejadian itu juga memaksa Pentagon menggantikan perkakasan dan perisian mereka yang mengambil masa lebih kurang dua minggu, menurut CBS.
Tujuan serangan dipercayai berpunca dari kemarahan Rusia terhadap sekatan ekonomi yang diusulkan oleh pentadbiran Obama sebagai tindak balas kepada tindakan penjajahan di Crimea dan campur tangan di Ukraine oleh Presiden Rusia Vladimir Putin.
Pihak Pentagon enggan memberi sebarang komen.
Pihak AS juga menuduh Putin terbabit dalam kes penggodaman agensi pilihan raya presiden AS dalam usaha membantu kemenangan Donald Trump.
Pihak Rusia menolak tuduhan terhadap campur tangan pada pilihan raya 8 November itu yang dimenangi Trump.
Topic Berkaitan
#CBS
#penggodam rusia
#Pentagon
#sistem email
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan