MOSCOW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat berkata, kebanyakan negara di seluruh dunia berjaya mengurangkan penggunaan tembakau, dengan kira-kira satu daripada lima orang dewasa mengambil tembakau pada 2022 dan menggesa dasar kawalan tembakau dan memerangi gangguan oleh industri tembakau dikuatkuasakan, lapor Sputnik.
Trend pada 2022 menunjukkan penurunan berterusan kadar penggunaan tembakau berbanding satu daripada tiga orang pada tahun 2000.
Laporan itu menunjukkan 150 negara berjaya mengurangkan penggunaan tembakau.
Brazil dan Belanda menyaksikan kejayaan pelaksanaan kawalan tembakau MPOWER, dengan Brazil membuat pengurangan relatif sebanyak 35 peratus sejak 2010 dan Belanda hampir mencapai sasaran 30 peratus, menurut WHO dalam laporan terkininya.
Jumlah pengguna tembakau berumur 15 tahun ke atas telah menurun secara berterusan kepada anggaran 1.245 bilion pada 2022 daripada 1.362 bilion pada 2000 dengan unjuran penurunan berterusan kepada 1.20 bilion orang menjelang 2025.
Pada masa yang sama, WHO rantau Asia Tenggara dan rantau Eropah melaporkan peratusan tertinggi angka pengguna tembakau, masing-masing pada kira-kira 26.5 peratus dan 25.3 peratus.
WHO berkata, matlamat global sukarela untuk mengurangkan 30 peratus penggunaan tembakau menjelang 2025 dijangka tidak tercapai, kecuali di 56 negara.
Organisasi itu menggesa kerajaan supaya terus melaksanakan dasar kawalan tembakau dan memerangi gangguan industri tembakau memandangkan usaha untuk melindungi dasar kesihatan daripada peningkatan gangguan industri tembakau semakin merosot di seluruh dunia, menurut Pengarah Jabatan Promosi Kesihatan WHO, Dr. Ruediger Krech .
Organisasi itu juga berkata, kanak-kanak berumur 13-15 tahun juga terus menggunakan produk tembakau dan nikotin di kebanyakan negara walaupun undang-undang hanya membenarkan orang dewasa membelinya disebabkan mudah untuk mendapatkannya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Trend pada 2022 menunjukkan penurunan berterusan kadar penggunaan tembakau berbanding satu daripada tiga orang pada tahun 2000. - Gambar hiasan/Freeimages.com
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
AWANI Pagi: Masalah Haid: Jangan Ambil Mudah
Diskusi bersama Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai masalah haid, yang dialami wanita.
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
9,000 pesakit memerlukan pemindahan kecemasan dari Gaza
Hanya 10 hospital yang berfungsi secara minimum di seluruh Gaza dan beribu-ribu pesakit gagal mendapat penjagaan kesihatan.
Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Gaza: WHO bantu keluarkan 14 pesakit dari Hospital Nasser
WHO membantu memindahkan 14 pesakit dari Hospital Nasser di bandar Khan Younis yang dikepung tentera Israel.