awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Filipina tawar ganjaran AS$160,000 untuk bantuan tangkap taikun perjudian
UTM Aerolab kukuh sebagai pusat bertaraf dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantaran minyak Iraq-Turkiye disambung semula, perkukuh keselamatan tenaga serantau

Bernama
Bernama
28/09/2025
20:30 MYT
Penghantaran minyak Iraq-Turkiye disambung semula, perkukuh keselamatan tenaga serantau
Saluran paip itu menghubungkan telaga-telaga minyak di Iraq termasuk di wilayah Kurdistan ke terminal eksport di pelabuhan Ceyhan, Turkiye. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Penghantaran minyak melalui saluran paip Iraq-Turkiye disambung semula pada Sabtu selepas terhenti selama dua setengah tahun, dalam langkah yang dijangka mengukuhkan bekalan tenaga Turkiye serta menambah kepelbagaian pasaran global, lapor Anadolu Ajansi.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye, Alparslan Bayraktar berkata, penghantaran minyak disambung semula pada 7.07 pagi waktu tempatan melalui saluran paip yang ditutup sejak gempa bumi 6 Feb 2023 tetapi diisytiharkan beroperasi semula oleh syarikat tenaga Turkiye, BOTAS pada Oktober tahun sama.
Saluran paip berkembar itu, dengan kapasiti gabungan kira-kira 1.5 juta tong sehari (bpd), menghubungkan telaga-telaga minyak di Iraq termasuk di wilayah Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) ke terminal eksport Mediterranean di pelabuhan Ceyhan, Turkiye.
Kementerian Minyak Iraq berkata, minyak mentah yang dihasilkan di wilayah berkenaan akan dihantar kepada Pertubuhan Pemasaran Minyak Iraq (SOMO) dan dieksport melalui Ceyhan di bawah perjanjian dengan KRG serta syarikat pengeluar.
Penghantaran awal dianggarkan pada purata 200,000 tong sehari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantaran minyak
#Turkiye
#Iraq
#bekalan tenaga
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan