Filem pecah panggung Jurassic Park sekali lagi menjadi viral di laman sosial kerana beberapa adegan yang melibatkan pelakon Chris Pratt dalam filem tersebut.

Antara adegan yang menjadi popular dalam kalangan penonton ialah aksi yang dilakonkan oleh Chris Pratt untuk mempertahankan diri daripada tiga dinosaur dalam filem tersebut.

Malah, penjaga zoo dari seluruh dunia kini turut melakukan aksi yang sama terhadap haiwan pilihan mereka dan hasilnya cukup melucukan.














Bukan sahaja penjaga zoo, tetapi segelintir pengamal media sosial juga menjadikan ia sebagai satu troll dengan memuat naik gambar mereka beraksi seperti Chris Pratt di laman Twitter.





Sebelum ini, Jurassic World yang mencatat rekod baharu dunia sebagai filem kutipan tertinggi dalam tempoh seminggu.

Filem yang dibintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard itu sudah meraih lebih dari AS$511 juta pendapatan global.