awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah British ditahan di Thailand selepas lima tahun diburu

Bernama
Bernama
12/02/2023
04:15 MYT
Penjenayah British ditahan di Thailand selepas lima tahun diburu
Pegawai dari Polis Diraja Thailand menahan suspek di sebuah bengkel kereta di Bangkok pada Jumaat. - Foto Facebook/National Crime Agency
LONDON: Ketua jenayah terancang British, Richard Wakeling ditahan di Thailand selepas menjadi buruan selama lima tahun.
Pegawai dari Polis Diraja Thailand menahan suspek di sebuah bengkel kereta di Bangkok pada Jumaat, menurut Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).
Wakeling dilaporkan tinggal di Hua Hin dan memiliki pasport palsu.
Dia kini ditahan dan prosiding ekstradisi sedang dijalankan.
Wakeling, 55, berasal dari Brentwood, Essex didakwa cuba mengimport GBP8 juta cecair amfetamin ke UK pada April 2016, lapor PA Media/dpa.
Dia melarikan diri pada 2018 sebelum perbicaraannya bermula dan dijatuhi hukuman 11 tahun kerana gagal hadir di Mahkamah Mahkota Chelmsford pada 9 April tahun itu.
Wakeling termasuk dalam senarai "individu paling dikehendaki" NCA.
David Coyle, pengurus wilayah NCA bagi Thailand, berkata penangkapan Wakeling adalah "satu lagi contoh" bahawa agensi itu bekerja "tanpa henti" dengan rakan kongsi antarabangsa.
"NCA telah bekerja tanpa henti untuk mengesan Wakeling dan memastikan dia kembali ke UK untuk menjalani hukuman penjara.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pendakwa raya pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Thai dan Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat kerana membantu kami mengenal pasti dan menangkap Wakeling," katanya.
Pada 2019, NCA mengeluarkan rayuan mengesan Wakeling dan mendedahkan rakaman CCTV.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah terancang British
#Richard Wakeling
#senarai paling dikehendaki
#buruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan