awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2022
01:30 MYT
Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta
Esparza berkata, dia boleh memindahkan wang itu terus ke dalam akaun bank atau memberikannya secara tunai kepada anggota-anggota polis. -Foto Scott County Jail
DAVENPORT: Seorang lelaki yang ditangkap kerana cuba mencuri beg tangan seorang wanita dituduh mahu memberi rasuah sebanyak AS$1 juta (RM4.3 juta) kepada anggota polis yang menangkapnya di Davenport baru-baru ini.
Pada mulanya, lelaki itu, Ricardo Esparza, 49, mengikut wanita itu menyusuri lorong di bandar raya tersebut di Amerika Syarikat (AS) sejurus selepas jam 8 malam, menurut dokumen penahanan yang diperoleh oleh akhbar The Waterloo-Cedar Falls Courier.
Apabila wanita itu menoleh ke arahnya, dia merampas beg tangan yang tergantung di bahunya.
Semasa Esparza cuba merampas beg tangan itu, dia menumbuk muka wanita tersebut, kata polis.
Mangsa, yang tidak cedera kemudian menghubungi polis yang menemui Esparza tidak jauh dari lorong itu, kata laporan itu.
Suspek kemudian ditangkap polis.
Semasa berada di belakang kereta polis, dia menawarkan kepada anggota polis yang menangkapnya sebanyak AS$1 juta untuk membebaskannya.
Esparza berkata, dia boleh memindahkan wang itu terus ke dalam akaun bank atau memberikannya secara tunai kepada anggota-anggota polis yang menangkapnya.
Dia yang ditahan dengan bon tunai sebanyak AS$10,000 (RM43,890) di Penjara Scott County akan dibicarakan pada 27 Mei di Mahkamah Daerah Scott.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#peragut
#polis
#Ricardo Esparza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan