awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Trump akan hentikan pembiayaan AS untuk inisiatif vaksin global Gavi

Bernama
Bernama
27/03/2025
22:00 MYT
Pentadbiran Trump akan hentikan pembiayaan AS untuk inisiatif vaksin global Gavi
Pentadbiran Trump dijangka menghentikan pembiayaan Amerika Syarikat (AS) untuk Gavi, inisiatif vaksin global, dan mengurangkan usaha membasmi malaria. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka menghentikan pembiayaan Amerika Syarikat (AS) untuk Gavi, inisiatif vaksin global, dan mengurangkan usaha membasmi malaria, menurut dokumen yang diperoleh The New York Times pada Rabu.
Laporan itu menyatakan, hamparan setebal 281 muka surat dari Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID), yang dihantar kepada Kongres pada malam Isnin, menggariskan pemotongan dalam program bantuan luar negara, lapor Anadolu Ajansi.
Pelan tersebut termasuk menghentikan lebih 5,000 program, sementara hanya kira-kira 900 program akan diteruskan, dengan pengurangan mendadak dalam belanjawan keseluruhan.
Gavi, yang menyediakan vaksin untuk kanak-kanak di negara membangun, akan kehilangan sokongan sebanyak AS$2.6 bilion.
Pakar memberi amaran bahawa ini akan menyebabkan 75 juta kanak-kanak akan terlepas vaksinasi dalam tempoh lima tahun dan 1.2 juta kematian.
AS telah menjadi penderma utama kepada Gavi, menyumbang 13 peratus daripada bajetnya. Pemotongan ini juga akan memberi kesan kepada program kawalan malaria di negara seperti Cameroon dan Tanzania.
Menurut The New York Times, pentadbiran tersebut telah memutuskan untuk meneruskan pemberian dana untuk ubat-ubatan merawat HIV dan tuberkulosis, serta bantuan makanan untuk negara yang terjejas oleh perang saudara dan bencana alam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pentadbiran Donald Trump
#pembiayaan AS
#inisiatif vaksin
#global Gavi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan