awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Trump gantung geran penyelidikan Universiti Princeton

Bernama
Bernama
02/04/2025
21:20 MYT
Pentadbiran Trump gantung geran penyelidikan Universiti Princeton
Universiti Princeton mengesahkan pembekuan geran penyelidikan oleh pentadbiran AS, menjadikannya universiti Ivy League terkini terjejas selepas Harvard dan Columbia. - Foto Sinar Harian/Agensi
NEW YORK: Universiti Princeton mengesahkan pada Selasa bahawa pentadbiran Trump telah membekukan pembiayaan bagi geran penyelidikan universiti itu, menjadikannya institusi Ivy League terkini yang mengalami pemotongan atau pengurangan dana persekutuan, lapor Xinhua.
Presiden Universiti Princeton Chris Eisgruber berkata pihaknya menerima notis bahawa beberapa agensi Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menamatkan "beberapa dozen" geran penyelidikan, menurut laporan The Wall Street Journal dan NBC News.
"Justifikasi penuh bagi tindakan ini masih belum jelas," katanya dalam e-mel kepada pelajar dan staf.
Pembekuan dana itu melibatkan beberapa agensi Kerajaan AS, termasuk Jabatan Tenaga, Jabatan Pertahanan dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Eisgruber menegaskan bahawa universiti itu akan mematuhi undang-undang serta komited dalam memerangi "anti-Semitism" dan bentuk diskriminasi yang lain.
"Princeton juga akan mempertahankan kebebasan akademik dan proses hak sewajarnya universiti ini dengan tegas," katanya.
Rumah Putih baru-baru ini memotong dana kepada beberapa universiti Ivy League, termasuk Harvard dan Columbia, sebagai sebahagian daripada tuntutan siasatan terhadap dakwaan "anti-Semitism" susulan protes kampus tahun lepas terhadap serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Pada Isnin, pentadbiran AS membuka semakan semula terhadap hampir US$9 bilion geran dan kontrak persekutuan Universiti Harvard sebagai sebahagian daripada siasatan, menurut The Wall Street Journal.
Bulan lepas, Universiti Columbia turut mengalami pembatalan geran dan kontrak bernilai US$400 juta oleh kerajaan atas kebimbangan mengenai "anti-Semitism".
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#NASA
#Israel
#Wall Street Journal
#Universiti Princeton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan