awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Trump tarik balik pembatalan status sah pelajar antarabangsa

Bernama
Bernama
26/04/2025
06:34 MYT
Pentadbiran Trump tarik balik pembatalan status sah pelajar antarabangsa
Pentadbiran Trump pada Jumaat mengumumkan akan menarik balik keputusan membatalkan status sah lebih 1,200 pelajar antarabangsa di tengah-tengah cabaran undang-undang. -Gambar fail/AP
SAN FRANCISCO: Pentadbiran Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan akan menarik balik keputusan membatalkan status sah lebih 1,200 pelajar antarabangsa di tengah-tengah cabaran undang-undang, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Pentadbiran Trump menarik balik keputusan membatalkan status sah lebih 1,200 pelajar antarabangsa di tengah-tengah cabaran undang-undang.
  • ICE sedang memulihkan status pelajar dalam sistem SEVIS dan merangka dasar baharu untuk penamatan rekod.
  • Keputusan ini mencetuskan gelombang saman oleh pelajar, menyebabkan beberapa hakim persekutuan mengeluarkan perintah sekatan sementara.

Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) sedang dalam proses memulihkan semula status pelajar yang ditamatkan dalam sistem "Student and Exchange Visitor Information System" (SEVIS) pada beberapa minggu kebelakangan ini, kata seorang peguam kerajaan kepada mahkamah persekutuan di Oakland, California.
Kenyataan serupa turut disampaikan oleh seorang lagi peguam kerajaan dalam satu sesi perbicaraan berasingan di Washington, D.C.
"ICE sedang merangka dasar yang akan menjadi garis panduan untuk penamatan rekod SEVIS.
"Sehingga polisi sedemikian dikeluarkan, rekod SEVIS untuk plaintif dalam kes ini (dan plaintif lain dalam situasi serupa) akan kekal aktif atau diaktifkan semula jika tidak aktif, dan ICE tidak akan mengubah rekod semata-mata berdasarkan dapatan NCIC yang menyebabkan penamatan rekod SEVIS sebelum ini," menurut salinan kenyataan yang dikongsikan kepada media oleh Brian Green, peguam mewakili pihak plaintif.
SEVIS merupakan pangkalan data yang mengawasi pematuhan pelajar antarabangsa terhadap syarat visa mereka.
Manakala NCIC, yang dikendalikan FBI mengandungi rekod jenayah dan maklumat lain berkaitan penguatkuasaan undang-undang.
Menurut laporan The Associated Press, lebih 1,200 pelajar antarabangsa terjejas akibat penamatan besar-besaran status imigresen sejak akhir Mac lalu.
Keputusan itu mencetuskan gelombang saman oleh pelajar dari seluruh negara, hingga menyebabkan beberapa hakim persekutuan mengeluarkan perintah sekatan sementara untuk menghentikan pelaksanaan tindakan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#hakim persekutuan
#perintah sekatan sementara
#SEVIS
#pelajar antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan