awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentagon terima bungkusan disyaki berisi racun

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2018
05:08 MYT
Pentagon terima bungkusan disyaki berisi racun
Pihak berkuasa masih menunggu penggesahan kandungan bungkusan berkenaan selepas polis Pentagon merujuk perkara itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk siasatan lanjut. - Gambar fail
Dua atau lebih bungkusan yang dihantar ke Pentagon minggu ini disyaki mengandungi sejenis racun berbahaya yang boleh membawa maut.
Menerusi laporan Bangkok Post, jurucakap Jabatan Pertahanan, Chris Sherwood berkata, sekurang-kurangnya dua bungkusan yang mencurigakan telah dialamatkan kepada seseorang di bangunan itu.
Bagaimanapun, ia telah disekat di pusat saringan sebelum masuk ke dalam bangunan berkenaan. "Sebagai sebahagian proses saringan, pihak berkuasa telah mengesan bungkusan yang mencurigakan dan ia dipercayai mengandungi racun risin," kata Sherwood.
Katanya, pihak berkuasa masih menunggu penggesahan kandungan bungkusan berkenaan selepas polis Pentagon merujuk perkara itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk siasatan lanjut.
Manakala FBI menerusi kenyataan yang dikeluarkan, dua sampul yang mencurigakan itu yang telah disaring di bahagian pengiriman Pentagon.
"Ejen Khas FBI telah merampas dua sampul yang mencurigakan itu yang telah disaring di bahagian pengiriman Pentagon.
"Sampul itu akan melalui beberapa ujian untuk mengesan kandungannya," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Pentagon, Kolonel Rob Manning berkata, semua kiriman yang diterima Pentagon pada Isnin akan disaring dan diletakkan di bahagian kuarantin bagi memastikan ia tidak membahayakan petugas di bangunan itu.
Racun dalam bentuk bijian itu boleh membawa maut jika ditelan, dihidu atau disuntik dan ia 6,000 kali lebih kuat berbanding sianida, malahan tidak mempunyai penawar.
.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bangkok
#Biro Siasatan Persekutuan
#Chris Sherwood
#FBI
#Pentagon
#polis
#racun
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan