awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang cuba rampas pesawat Mexico, lencong ke AS

Bernama
Bernama
09/12/2024
09:45 MYT
Penumpang cuba rampas pesawat Mexico, lencong ke AS
Pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara, kira-kira 2,220 kilometer dari destinasi asalnya. - Gambar hiasan/FREEPICK
MEXICO CITY: Seorang penumpang dalam penerbangan domestik di Mexico cuba melencongkan pesawat itu ke Amerika Syarikat (AS) secara paksa tetapi berjaya dihalang oleh kru penerbangan dan penumpang, lapor Agensi Anadolu (AA).
Suspek, yang ditahan selepas insiden itu dilaporkan mengaku bahawa dia melakukan perbuatan berkenaan kerana penjenayah telah menculik seorang ahli keluarga terdekatnya dan mengancam nyawanya.
Pada pagi Ahad, Volaris, sebuah syarikat penerbangan utama Mexico, melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 31 tahun cuba melencongkan penerbangan 3401 dari El Bajio, tengah Mexico ke Amerika Syarikat "melalui penggunaan kekerasan.”
Dia menyerang seorang kru dan cuba memecah masuk ke dalam kokpit untuk mengambil alih kawalan penerbangan sebelum berjaya ditahan.
Pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara, kira-kira 2,220 kilometer dari destinasi asalnya, yang mana anggota Pengawal Kebangsaan AS telah menunggunya.
Suspek yang menaiki penerbangan itu bersama isteri dan dua anaknya, boleh berdepan hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun selepas Volaris memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penumbang cuba rampas pesawat
#pesawat Mexico
#lencong ke Amerika Syarikat
#pecah masuk kokpit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan