awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyedia makanan percuma untuk sekolah di Britain berdepan peningkatan kos

Bernama
Bernama
23/04/2023
08:44 MYT
Penyedia makanan percuma untuk sekolah di Britain berdepan peningkatan kos
Ahli Parlimen Winchester Steve Brine membangkitkan isu itu pada sesi perbahasan di parlimen pada Selasa. - Gambar fail
LONDON: Sekolah-sekolah di Britain berdepan risiko kos dan jurang pembiayaan yang semakin meningkat untuk program penyediaan makanan percuma di sekolah, lapor PA Media/dpa.
Ahli Parlimen Winchester Steve Brine membangkitkan isu itu pada sesi perbahasan di parlimen pada Selasa.
Semua kanak-kanak di England untuk Tahun 1 dan Tahun 2 layak menerima makanan percuma tanpa mengira pendapatan isi rumah.
Brine berkata terdapat keluhan daripada pihak sekolah di kawasannya mengenai pembiayaan yang mereka perolehi tidak lagi mencukupi untuk menampung kos.
"Mereka memerlukan bantuan segera daripada menteri atau sokongan daripada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan peruntukan tambahan," katanya.
Satu sekolah di kawasan Hampshire membayar GBP2.80 untuk setiap hidangan sedangkan pembiayaan yang diterima hanya berjumlah GBP2.41, sekali gus memerlukan pihak sekolah menambah kira-kira GBP3,000 ($3,731) setahun dalam belanjawan mereka.
Ketua eksekutif Persekutuan Pengedar Borong, James Bielby, berkata industri itu telah dilanda inflasi harga tenaga dan kekurangan buruh.
Beliau berkata walaupun kadar makan setiap murid untuk program makanan percuma dinaikkan daripada GBP2.34 kepada GBP2.41 pada 2022, namun ia tidak setara dengan kenaikan kos termasuk kenaikan kos perkhidmatan kontrak pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.
"Malangnya, keadaan itu telah menyebabkan kualiti makanan yang dihidangkan lebih rendah yang memberi kesan kepada murid-murid," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan di Bidfood United Kingdom, Andy Kemp, berkata: "Kami melihat semakin ramai kontraktor dan pihak berkuasa tempatan menarik diri daripada program penyediaan makanan percuma di sekolah.
"Mereka hanya mampu menawarkan makanan sandwic sahaja kepada kanak-kanak untuk program itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah di Britain
#program makanan percuma
#England
#Ahli Parlimen Winchester Steve Brine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan