awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier

Bernama
Bernama
08/02/2023
20:00 MYT
Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Penyelidik berkata saiz tasik glasier semakin luas dan pada masa ini 15 juta orang di seluruh dunia terdedah kepada kesan daripada potensi banjir tasik glasier. - Gambar hiasan/AP
WELLINGTON: Apabila suhu meningkat dan mencairkan glasier, airnya boleh membentuk tasik di kawasan berhampiran yang sekali gus meletakkan kira-kira 15 juta orang di kawasan pergunungan tinggi berisiko berhadapan banjir, menurut hasil kajian.
Tasik ini merupakan bahaya semula jadi yang ketara bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi, menurut hasil penyelidikan baharu yang diterbitkan dalam Nature oleh penyelidik New Zealand dan antarabangsa, lapor Xinhua.
Kajian mendapati mereka yang tinggal di kawasan pergunungan tinggi di Asia dan Andes paling terdedah kepada bahaya ini, dengan kawasan mempunyai penduduk yang padat dan kurang sumber paling terdedah kepada risiko.
Banjir ledakan tasik glasier boleh berlaku tanpa amaran apabila empangan semula jadi gagal, oleh itu perhatian segera perlu untuk meminimumkan kehilangan nyawa pada masa hadapan, kata pensyarah kanan di Universiti Canterbury, Thomas Robinson.
Beliau berkata sejak 1990 bilangan dan saiz tasik glasier semakin luas dan pada masa ini 15 juta orang di seluruh dunia terdedah kepada kesan daripada potensi banjir tasik glasier, katanya.
"Penduduk di kawasan pergunungan tinggi di Asia paling terdedah dan secara purata 1 juta orang tinggal dalam kawasan 10 km dari tasik glasier," katanya.
Justeru, Robinson berkata kerjasama rapat dengan komuniti yang terdedah itu perlu bagi mencegah bencana besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#penyelidik
#kawasan pergunungan tinggi
#banjir tasik glasier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan