SEORANG pemilik rumah tidak menyangka penyewanya yang selama ini berketerampilan menarik, rupa-rupaya seorang pengotor apabila membiarkan bilik disewanya dipenuhi sampah-sarap, lapor Thaiger.
Pemilik rumah sewa, Namwan Panadda berkata, bilik itu yang terletak di Bangkok telah disewa kepada seorang wanita berusia 42 tahun, turut menjadi tempat pembiakan ular, cacing dan tikus.
Walaupun penyewa itu seorang penjawat awam, bilik yang disewa bulanan sebanyak 1,500 baht (RM201) tidak menggambarkan sifat peribadinya sebagai seorang pembersih apabila tergamak membiarkan sampah menimbun hampir mencapai siling rumah itu.
Susulan terlalu banyak sampah dan berbau sangat busuk, Namwan terpaksa berkongsi masalah itu dalam Facebook dan meminta cadangan untuk menghilangkan bau persekitaran di bilik tersebut.
Selepas mendapat beberapa cadangan yang bernas, Namwan dan suaminya terpaksa membelanjakan lebih 3,000 baht (RM402) untuk membeli alat kelengkapan membuang sampah yang dipercayai ditinggalkan hampir dua tahun itu.
Sebelum rahsia penyewa kotor ini terbongkar, seorang penyewa berhampiran pernah membuat laporan mengenai kehadiran ular dan tikus dari bilik itu.
Selepas gambar bilik itu tular, penyewa tersebut telah menghubungi Namwan dan mendakwanya telah menceroboh biliknya dan mendakwa dia hanya menyimpan 'barangan berharga' dan bukannya sampah.
Susulan dakwaan tidak berasas itu, Namran terpaksa membuat laporan di Balai Polis Hua Mak, Bangkok untuk tindakan susulan pihak berkuasa.
Katanya, sejak dari itu penyewa tidak pernah menghubunginya dan dia kini sedang mencari penyewa baharu bagi mengisi bilik tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Nov 29 2023
Bilik sewa yang dipenuhi sampah ditinggalkan seorang penyewa wanita sehingga mengundang tikus. - Foto Agensi
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Penyewa dari 'neraka' biar bilik dipenuhi sampah
SEORANG pemilik rumah tidak menyangka penyewanya yang selama ini berketerampilan menarik, rupa-rupaya seorang pengotor apabila membiarkan bilik disewanya dipenuhi sampah-sarap.