INTERNATIONAL
Penyiasat AS guna AI kesan penjenayah, didakwa tahan individu tidak bersalah

Agensi penguatkuasaan undang-undang AS menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mencari dan menahan suspek tanpa bukti lain, mengabaikan petunjuk yang jelas. -Gambar fail/Unsplash
MOSCOW: Agensi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat (AS) menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) sebagai jalan pintas untuk mencari dan menahan suspek tanpa bukti lain, sambil mengabaikan petunjuk yang jelas, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
- Agensi penguatkuasaan undang-undang AS menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mencari dan menahan suspek tanpa bukti lain, mengabaikan petunjuk yang jelas.
- Menurut laporan Washington Post, 15 jabatan polis di 12 negeri telah menahan suspek yang dikenal pasti oleh algoritma AI tanpa sebarang bukti bebas, dan sekurang-kurangnya lapan individu telah tersalah tahan menggunakan teknologi pengecaman wajah.
- Dalam beberapa kes, polis tidak menyemak alibi suspek atau kenyataan saksi palsu, dan mengabaikan cap jari serta jejak DNA yang menunjukkan orang lain sebagai pelaku.
Dalam beberapa kes, polis tidak menyemak alibi suspek atau kenyataan saksi palsu dan dalam kes lain, mereka mengabaikan cap jari serta jejak DNA yang menunjukkan orang lain sebagai pelaku, menurut laporan itu.
Laporan itu turut menyatakan bahawa penyiasat tidak mengambil kira perbezaan jelas dalam rupa penjenayah yang dirakam oleh kamera pengawasan dan suspek yang dikenal pasti oleh AI.
Satu daripada kes membabitkan seorang wanita yang hamil tujuh bulan ditahan kerana dituduh melakukan rompakan kereta, walaupun tiada bukti menunjukkan bahawa penjenayah sebenar sedang hamil.
Skala sebenar masalah ini mungkin jauh lebih besar, menurut akhbar itu, yang menambah bahawa penyiasat AS tidak diwajibkan secara undang-undang untuk menyediakan data mengenai penggunaan pengecaman wajah berasaskan AI.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami