KARACHI: Ratusan penyokong parti politik agama terbesar Pakistan, Jamaat-e-Islami, melakukan demonstrasi di luar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Karachi membantah kelewatan keputusan pilihan raya.

Himpunan itu turut disertai penyokong parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Imran Khan, selepas ahli politik yang dipenjarakan itu menggesa protes aman diadakan jika keputusan pilihan raya akhir tidak dikeluarkan menjelang Sabtu petang.

Keputusan pilihan raya masih belum dikeluarkan untuk 10 daripada 265 kerusi 48 jam selepas tempoh pengundian ditutup pada Sabtu.

Kiraan terkini yang dipaparkan di laman web suruhanjaya pilihan raya menunjukkan calon bebas telah memenangi 100 kerusi, dengan parti Nawaz Sharif, Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N), meraih 72 kerusi.

Sekurang-kurangnya 90 daripada calon bebas yang menang daripada parti Imran Khan dan berdasarkan analisis Reuters - meletakkan mereka jauh di hadapan parti Sharif.