awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM

Bernama
Bernama
30/11/2024
22:30 MYT
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Laluan arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan di susur keluar Jitra ditutup kepada akibat dinaiki air petang semalam. --Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif berhasrat menghantar sumbangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan akibat banjir sebagai tanda solidariti dan kebersamaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dizahirkan rakan sejawatnya menerusi perbualan telefon mereka petang semalam dan Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.
"PM Shehbaz mendoakan perlindungan dan kesejahteraan kepada lebih 140,000 rakyat Malaysia di beberapa negeri yang terkesan dengan bencana banjir.
"Saya nyatakan penghargaan tertinggi atas sifat murah hati PM Shehbaz dan mengalu-alukan sumbangan itu bagi menghargai persahabatan erat Malaysia-Pakistan," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook semalam.
Anwar, yang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Pakistan itu, turut menjemput Shehbaz berkunjung ke Malaysia pada awal tahun depan.
Menerusi hantaran itu, Anwar juga berkata keutamaan dan perhatian sepenuhnya kini tertumpu kepada kebajikan serta keselamatan mangsa banjir.
"Semoga Allah mengangkat musibah ini sesegera mungkin," katanya.
Keadaan banjir di sembilan negeri terus memburuk hari ini dan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ialah seramai 142,684 orang setakat petang tadi.
Bencana itu turut mengorbankan empat nyawa setakat ini.
Selain Kelantan yang paling teruk terkesan akibat bencana itu, banjir turut melanda Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Johor, Melaka, Perak dan Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Anwar Ibrahim
#Pakistan
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan