Skip to main content

Dunia

Perancis gesa AS tekan Israel hentikan serangan di Lubnan

Jean-Noel Barrot (foto) berkata Paris sedang berusaha menganjurkan persidangan antarabangsa bagi menggerakkan sokongan serta bantuan kepada angkatan tentera Lubnan. -Gambar fail/Reuters
Jean-Noel Barrot (foto) berkata Paris sedang berusaha menganjurkan persidangan antarabangsa bagi menggerakkan sokongan serta bantuan kepada angkatan tentera Lubnan. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

PARIS: Perancis menggesa Amerika Syarikat (AS) menggunakan pengaruhnya untuk memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan serangan ketenteraan di Lubnan.

Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot berkata Paris sedang berusaha menganjurkan persidangan antarabangsa bagi menggerakkan sokongan serta bantuan kepada angkatan tentera Lubnan.

Kenyataan itu dibuat ketika Israel mengesahkan operasi serangan udara dan darat diteruskan dengan sasaran terhadap pejuang Hezbollah serta infrastruktur di selatan Lubnan.

Advertisement

Operasi berkenaan masih berlangsung walaupun memorandum persefahaman (MoU) di antara AS dan Iran menyeru penamatan segera tindakan ketenteraan di negara itu.

“AS mempunyai peranan penting dan perlu memberi tekanan tegas ke atas Israel bagi memastikan konflik tidak terus meruncing di Asia Barat,” katanya dalam temu bual bersama saluran franceinfo.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, Barrot berkata Perancis tidak akan menyokong usaha melonggarkan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Iran.

Katanya, langkah itu hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat kemajuan nyata dalam rundingan menyeluruh mengenai program nuklear Iran.

 

Must Watch Video

Advertisement