awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis lancar serangan di Mali

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2013
02:43 MYT
Perancis lancar serangan di Mali
Perancis melancarkan tindakan ketenteraan di Mali dengan matlamat memerangi kumpulan pemberontak di utara negara itu.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Francois Hollande.
Pada masa ini katanya tentera Perancis sudah melancarkan operasi untuk tujuan melumpuhkan kumpulan yang menentang kerajaan Mali.
Operasi membabitkan tentera udara dan darat.
Menurut Hollande Perancis terpanggil untuk membantu Mali menghapuskan keganasan.
Katanya campur tangan tentera Perancis di Mali itu tidak bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
Malah sudah dipersetujui Presiden Mali Dioncounda Traore.
Sebelum ini beberapa pasukan dari negara eropah menghulurkan bantuan kepada Mali untuk melancarkan serangan balas terhadap kumpulan pemberontak.
Kumpulan pemberontak yang didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda menguasai Mali sejak April lepas.
Mereka mara ke Konna pada Khamis dan berperang untuk mengambil alih bandar strategik itu.
Menurut Hollande Perancis cuba menghalang kumpulan itu daripada meneruskan kemaraan mereka dan menguasai lebih banyak bandar lain.
Perancis sebelum ini meletakkan 100 tentera elit di rantau itu selain memiliki pangkalan ketenteraan di Chad.
Dalam pada itu Amerika Syarikat dan Kesatuan Afrika melahirkan sokongan terhadap misi Paris di Mali.
Begitu juga kesatuan eropah menyatakan sokongannya berhubung tindakan menghapuskan keganasan di negara berkenaan.
Topic Berkaitan
#Mali
#Perancis
#Presiden Francois Hollande
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan