awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis sedia latih juruterbang jet pejuang Ukraine - Macron

Bernama
Bernama
16/05/2023
12:19 MYT
Perancis sedia latih juruterbang jet pejuang Ukraine - Macron
Emmanuel Macron berkata negara itu akan melatih juruterbang jet pejuang Ukraine. - AP
PARIS: Beberapa jam selepas Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky melawat Paris, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata negara itu akan melatih juruterbang jet pejuang Ukraine, tetapi tidak menyediakan pesawat untuk tujuan itu.
"Kami telah membuka pintu untuk melatih juruterbang Ukraine," lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Macron kepada penyiar Perancis TF1 pada petang Isnin.
"Latihan boleh bermula dari sekarang.
"Beberapa negara Eropah memutuskan mengenai keperluan memulakan latihan," kata Macron.
Menjawab pertanyaan sama ada Perancis akan membekalkan jet pejuang, Macron berkata: "Tidak, saya tidak bercakap tentang pesawat."
Zelensky mengadakan lawatan mengejut ke Perancis pada Ahad, selepas melawat Jerman dan Itali.
Menurut kenyataan bersama Ukraine-Perancis yang dikeluarkan oleh Istana Elysee, bekalan baharu akan disediakan untuk menangani keperluan paling mendesak dan segera dalam mengukuhkan pertahanan Ukraine.
Paris akan terus membantu Kiev mempertahankan dirinya, menumpukan usaha menyokong kapasiti pertahanan udara Ukraine untuk melindungi penduduknya daripada serangan Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#jet pejuang
#Ukraine
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan