awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis: tiada perintah berkurung, syarat masuk diperketat mulai pertengahan Januari

Bernama
Bernama
28/12/2021
03:37 MYT
Perancis: tiada perintah berkurung, syarat masuk diperketat mulai pertengahan Januari
Terdapat kira-kira 5 juta rakyat Perancis yang masih belum divaksin dan menolak suntikan COVID-19. - Gambar fail/REUTERS
PARIS: Tiada sebarang perintah berkurung dikenakan ketika sambutan malam Tahun Baharu, tetapi sekatan akan diperketat terhadap golongan tidak divaksin daripada memasuki tempat awam mulai pertengahan Januari, lapor Agensi Anadolu (AA).
Perdana Menteri Jean Castex mengumumkan langkah membendung peningkatan kes COVID-19 dan varian Omicron pada Isnin, sejurus selepas mengadakan mesyuarat kesihatan tergempar berikutan peningkatan kes COVID sebanyak 100,000.
Langkah-langkah itu termasuk rang undang-undang pas vaksin yang telah diluluskan Kabinet pada hari yang sama.
Rang undang-undang pas vaksin itu bertujuan "membebankan golongan yang tidak divaksin" dan menggantikan pas kesihatan semasa bagi membolehkan orangramai masuk ke restoran, kafe, pusat kebudayaan, panggung wayang, muzium dan lain-lain mulai 15 Jan.
"Jika rang undang-undang diluluskan Parlimen, hanya mereka yang mengemukakan bukti vaksinasi dibenarkan masuk ke tempat-tempat yang memerlukan pas vaksin, dan keputusan ujian negatif COVID tidak lagi diterima," kata Castex.
Terdapat kira-kira 5 juta rakyatnya yang masih belum divaksin dan menolak suntikan COVID-19.
Sekatan lain yang akan dikuatkuasa pada Isnin termasuk mengehadkan bilangan peserta perhimpunan besar kepada 5,000 orang di kawasan terbuka dan 2,000 orang bagi kawasan tertutup, manakala makan dan minum dalam pengangkutan awam, salun wayang, dan kemudahan sukan adalah dilarang.
Castex menyeru orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi mengelakkan kemasukan ke hospital.
Menteri Kesihatan Olivier Veran juga memberi amaran bahawa kes harian dijangka melebihi 250,000 pada awal Januari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paris
#perintah berkurung
#COVID-19
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan